• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Dimsum sedia saluran berita percuma untuk semua pengguna

  • OLEH Najib
  • 6:29 pm
  • 19/07/2019
  • Komen
Dimsum sedia saluran berita percuma untuk semua pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

dimsum, penyedia perkhidmatan langganan video atas permintaan (VOD) di Malaysia, kini menawarkan saluran khas berita. Saluran berita ini menyediakan berita tergempar, isu semasa tempatan, serta laporan mendalam di dalam dan luar Asia.

Lebih baik lagi, saluran berita ini ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna dimsum, tanpa sebarang bayaran. Hanya perlu mendaftar percuma dan anda boleh mendapatkan berita terkini lagi sensasi secara terus dalam satu platform.



dimsum menyediakan rancangan berita di dalam platform mereka dengan kerjasama 6 saluran iaitu:

1. CCTV4 News
CCTV4 News adalah satu-satunya saluran dari negara China yang disiarkan di seluruh dunia. Saluran ini menawarkan laporan tempatan dan antarabangsa yang terkini, tepat, serta mendalam kepada rakyat China di luar negara. Kandungannya kaya dengan budaya Cina dan antara program-program yang popular termasuklah Focus Today, Asia Today, Homeland Dreamland, dan International Insight.



2. A1 Entertainment
A1 Entertainment menawarkan berita-berita terkini mengenai dunia hiburan dari seluruh Asia termasuk China, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun.

3. mStar
Portal berbahasa Malaysia yang moden, menawarkan kandungan gaya hidup, berita, hiburan, sukan dan sosial menerusi pendekatan interaktif dan kreatif.

4. Star TV
Dari sebuah laman web berita harian, kini ia turut mengandungi berita semasa, perniagaan, sukan, komuniti, teknologi, gaya hidup dan berita dunia, serta analisis pakar dan video-video dinamik.

5. R.AGE
R.AGE merupakan pasukan wartawan siasatan di Malaysia yang fokus dalam menghasilkan dokumentari multimedia pendek dan kempen-kempen kesedaran.

6. 988
988 ialah salah satu stesen radio berbahasa Cina di Malaysia meliputi Semenanjung Malaysia dan Singapura. Stesen radio ini terkenal dengan kandungan maklumat hiburan, dan antara ruangan popularnya termasuklah ASEAN FOCUS, Berita Utama, Pengulasan Jumaat, Hiburan, dan Pendapat Awam.

Selain kandungan berita di atas, dimsum menyediakan rancangan-rancangan dari Asia yang boleh ditonton menerusi aplikasi telefon bimbit, televisyen dan pelayar di komputer. Koleksi kandungan dimsum termasuk filem, drama, dokumentari, rancangan aneka ragam, animasi dan rancangan kanak-kanak dari China, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Korea Selatan, Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Aplikasi dimsum boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Pendaftaran percuma diperlukan untuk mula menonton, dan langganan premium sebanyak RM13.90/bulan membenarkan tontonan tanpa iklan serta akses ke kandungan premium. Pengguna boleh mencuba akaun premium percuma selama 30 hari untuk percubaan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web dimsum.asia, Facebook dimsum atau Instagram @dimsum.asia.

Tags: DimSum
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Dimsum sedia saluran berita percuma untuk semua pengguna

Dimsum sedia saluran berita percuma untuk semua pengguna

19 July 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN