• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple mahu beli perniagaan modem 5G Intel dengan nilai USD1 Bilion

  • OLEH Najib
  • 7:32 pm
  • 24/07/2019
  • Komen
Apple kembali menyambung silaturrahim yang terputus dengan Qualcomm
Share on FacebookShare on Twitter

Apple bercadang mengambil alih bahagian perniagaan modem telefon pintar Intel yang mengalami kerugian, pada harga USD1 Bilion seawal minggu depan, demikian dilaporkan oleh Wall Street Journal. Ia merupakan satu lagi langkah Apple untuk menghasilkan sendiri cip yang diperlukan dalam penghasilan peranti mereka.

Urusniaga ini akan memberi Apple akses kepada paten dan harta intelek, serta pekerja Intel yang bertugas membangunkan teknologi tersebut. Paling utama, ia membuka peluang kepada Apple untuk memulakan usaha menghasilkan cip modem 5G mereka sendiri.



Telefon pintar Apple terbaru iaitu iPhone XS, XS Max dan XR menggunakan modem keluaran Intel. Sebelum ini, Apple menggunakan modem yang dihasilkan Qualcomm dalam iPhone yang lama.

Perkara ini bukanlah perkara baru buat Apple. Mereka sedikit demi sedikit menghasilkan sendiri cip yang diperlukan dalam penghasilan peranti mereka. Apple telah mencipa sendiri pemproses aplikasi, cip grafik, bluetooth dan cip keselamatan yang melindungi data pengguna dan biometrik dari digodam.



Akhir tahun lepas, Apple telah mencapai persetujuan untuk membeli sebahagian dari syarikat Dialog Semiconductor pada harga USD600 juta, untuk mendapat akses kepada teknologi cip kawalan kuasa. Ia adalah perkara penting untuk memastikan pengurusan bateri iPhone memiliki hayat yang lebih panjang.

Walaupun ini bukan memberikan pentas untuk Apple terus menghasilkan modem 5G, ia merupakan langkah awal yang penting untuk mereka melancarkan iPhone 5G. Lebih penting, ia melindungi Apple dari disaman pengeluar modem lain seperti Huawei, kerana pelanggaran paten dan harta intelek.

Ia juga memberi Apple lebih kawalan kerana dapat mengatur perancangan jangka panjang untuk menghasilkan modem 5G sendiri, di samping rekaan modem yang menepati kehendak mereka untuk digunakan di dalam peranti yang mereka hasilkan.

Sumber: Cnet, WSJ

Tags: 5gappleIntel
Najib

Najib

POPULAR

Apple kembali menyambung silaturrahim yang terputus dengan Qualcomm

Apple mahu beli perniagaan modem 5G Intel dengan nilai USD1 Bilion

24 July 2019
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN