• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Y9 Prime 2019 tiba di Malaysia dengan harga lebih rendah dari jangkaan

  • OLEH Najib
  • 12:47 pm
  • 24/07/2019
  • Komen
Huawei Y9 Prime 2019 tiba di Malaysia dengan harga lebih rendah dari jangkaan
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berteka-teki tentang harganya, Huawei Malaysia akhirnya mengumumkan harga jualan telefon pintar dengan kamera pop naik pertama mereka. Huawei Y9 Prime 2019 akan dijual di Malaysia bermula 27 Julai 2019, pada harga RM899 sahaja.

Adakah anda dapat menekanya dengan tepat dalam pertandingan yang berakhir pukul 12 tengah hari tadi?



Y9 Prime 2019 dilengkapi kuasa pemproses Kirin 710F 12nm, dikatakan lebih perkasa dan jimat tenaga, bersama RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Kad mikroSD sedia diterima untuk storan tambahan.

Skrinnya berukuran 6.59-inci dari jenis LCD, tanpa takuk dan lubang. Ia menggunakan modul kamera pop naik yang boleh menyembunyikan kamera hadapan 16MP F2.2 di dalam. Modul pop naik telah diuji turun dan naik sebanyak 100,000 kali dan boleh menahan tekanan sehingga 15kg.



Kamera belakangnya pula ada tiga, gandingan kamera utama 16MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Kamera hadapan di dalam modul pop-up pula 16MP.

Tenaganya disalurkan dari bateri 4,000mAh dan dicas melalui port USB-C. Tetapi tiada pengecasan pantas dinyatakan padanya. Selain itu, telefon ini masih mengekalkan jek audio 3.5mm padanya.

Rekaan Y9 Prime 2019 agak unik, berbeza dari kebiasaan. Ia memiliki dua tona kemasan belakang seperti Pixel, dengan kamera belakang dan pengimbas capjari terletak di bahagian atas.

Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Y9 Prime 2019 di Malaysia iaitu Biru, Hijau dan Hitam. Ia akan dijual di semua Stor Jenama Huawei dan Stor Online Rasmi Huawei pada harga RM899 sahaja. Pembeli juga akan menerima ganjaran eksklusif dari pelbagai jenama menerusi Member Center, pertama seumpamanya di siri-Y di mana ia sering ditawarkan untuk siri Nova, P dan Mate.

Huawei Malaysia turut menyatakan, Huawei Carnival akan kembali menawarkan hadiah bernilai RM1,000,000. Pengumuman akan dibuat pada 27 Julai 2019. Nantikan kemunculannya.

Tags: HuaweiHuawei Y9 PrimeY9 Prime 2019
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Huawei Y9 Prime 2019 tiba di Malaysia dengan harga lebih rendah dari jangkaan

Huawei Y9 Prime 2019 tiba di Malaysia dengan harga lebih rendah dari jangkaan

24 July 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN