• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile Unlimited Funz beri internet tanpa had bermain game, bersosial dan bermesej

  • OLEH Najib
  • 10:46 am
  • 25/07/2019
  • Komen
U Mobile Unlimited Funz beri internet tanpa had bermain game, bersosial dan bermesej
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile hari ini memperkenalkan pek permulaan prabayar baharu, Unlimited Funz yang menawarkan data tanpa had untuk bermain game, bersosial dan bermesej. Ia bersesuaian dengan gaya hidup muda mudi masakini yang memerlukan banyak data untuk hiburan dan perhubungan mudah alih sepanjang masa.

Terdapat 10 aplikasi yang tersenarai di dalam penggunaan data tanpa had di dalam pek U Mobile Unlimited Funz. Aplikasi tersebut ialah:



  1. PUBG Mobile
  2. Mobile Legends
  3. Facebook
  4. Instagram
  5. Twitter
  6. WhatsApp
  7. WeChat
  8. Facebook Messenger
  9. imo
  10. Viber

Pek permulaan Unlimited Funz boleh dibeli pada harga RM10, dan ia datang bersama kredit RM6, 5 hari masa aktif, 200MB internet berkelajuan tinggi dan 1GB internet asas. Kadar panggilan dicaj 15sen setiap 30 saat dan SMS pula 12sen setiap satu.

Untuk menikmati data tanpa had percuma bagi 10 aplikasi di atas, pengguna perlu membuat tambah nilai minima RM10 terlebih dahulu. Hanya sekali ini sahaja. Kemudian pastikan talian kekal aktif untuk terus menerima data tanpa had tersebut.



Menariknya, pengguna juga boleh berkongsi data tanpa had untuk 10 aplikasi ini secara hotspot atau tethering. Data tanpa had ini boleh digunakan di aplikasi mudah alih di telefon pintar, ataupun laman web.

Pek permulaan prabayar U Mobile Unlimited Funz boleh didapati menerusi Stor Online U Mobile. Pengguna sedia ada prabayar U Mobile, boleh bertukar ke pelan Unlimited FUNZ dengan mendail *118*6*2*3# atau menghantar SMS “MIG UNLIMITED” ke 28118.

Maklumat lanjut tentang Unlimited Funz boleh didapati di laman web prabayar U Mobile.

Tags: u mobileUnlimited Funz
Najib

Najib

POPULAR

U Mobile Unlimited Funz beri internet tanpa had bermain game, bersosial dan bermesej

U Mobile Unlimited Funz beri internet tanpa had bermain game, bersosial dan bermesej

25 July 2019
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN