• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Tahukah Anda Bagaimana File Compression Beroperasi?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:39 pm
  • 29/07/2019
  • Komen
Tahukah Anda Bagaimana File Compression Beroperasi?
Share on FacebookShare on Twitter

Pemampatan fail (File Compression) dalam pengkomputeran adalah perkara biasa. Tujuan utama compression dilakukan adalah untuk menjimatkan ruang storan. Saiz fail yang kecil juga meminimumkan kos penghantaran fail secara digital apabila semuanya diukur dengan Bit dan Byte.

Anda tentunya biasa dengan WinZip, WinRAR, dan 7zip untuk tujuan menghasilkan archive. Tapi pernahkah anda tertanya-tanya bagaimanakah komputer memampatkan fail tapi pada masa yang sama fail itu tidak rosak?



Kita ambil satu fail yang mengandungi teks sahaja. Tahukah anda setiap aksara yang tercatat di dalamnya, menyumbang kepada 1 Byte saiz fail? Anda boleh buktikannya sendiri. Buka Notepad, taip 1 aksara dan save. Kemudian tambah lagi 9 aksara dan save fail kedua. Ulang sehingga ada 9 iterasi dan bandingkan saiz failnya.

Pekaitan antara saiz fail dengan bilangan aksara

Anda akan dapati yang 1 Byte adalah bersamaan 1 aksara. Kemudian, saya nak beri contoh kertas kajian yang dimuat naik di Internet ini.



Ini adalah kajian tentang nanopartikel dan sudah tentu perkataan “nanoparticle” akan ditemui dibanyak tempat dalam artikel ini. Menggunakan fungsi carian, ada 95 kali “nanoparticle” digunakan. Jika diterjemahkan kepada Bit, perkataan itu saja menyumbang pada 1.14MB saiz fail.

Cuba anda gantikan perkataan “nanoparticle” selepas ia muncul kali pertama dengan “x” anda hanya menggunakan 12 Byte dan diikuti dengan 94 Byte untuk semua “x” yang digunakan. Maka, untuk “nanoparticle”, ia hanya mengambil ruang sebanyak 106 Byte sahaja daripada saiz fail ataupun 1075% penjimatan storan.

Sekarang, cuba ulang untuk setiap perkataan berulang, sudah tentu penjimatan yang lebih luas boleh dinikmati.

Memampatkan Fail Selain Teks Lebih Sukar

Jika anda perasan, pemampatan imej digital biasanya hadir dalam dua jenis iaitu:

  • lossless
  • lossy

Sekiranya anda mengaplikasikan konsep pemampatan fail teks untuk imej, ia tergolong dalam kategori lossless. Lossless dalam instilam pemampatan adalah fail hasil adalah 100% mirip fail asal, kecuali pada saiz fail. Jadi anda tak kehilangan walau sebutir piksel daripada gambar.

Tapi, jika kelonggaran diberikan pada hasil gambar, saintis-saintis komputer akan menggunakan segala macam helah untuk lakukan compression asalkan hasil akhirnya tidak terlalu mengubah gambar. Itulah yang dipanggil lossy compression.

Contohnya, dalam gambar ada jutaan piksel berwarna. Jadi, perkara yang paling mudah adalah dengan melakurkan 4 piksel menjadi 1 dan memberikan piksel itu dengan purata warna daripada 4 piksel asal.

Tidak terhad kepada gambar, konsep lossy dan lossless juga diterapkan di tempat lain seperti muzik, video, dan sebagainya.

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tahukah Anda Bagaimana File Compression Beroperasi?

Tahukah Anda Bagaimana File Compression Beroperasi?

29 July 2019
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN