• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pixel 4 dilengkapi radar dan tiga kamera depan

  • OLEH Najib
  • 12:55 pm
  • 31/07/2019
  • Komen
Misteri bingkai tebal di Pixel 4
Share on FacebookShare on Twitter

Google masih belum mengesahkan bila ia akan melancarkan telefon pintar terbarunya, Pixel 4. Tetapi sedikit demi sedikit, mereka berkongsi tentang apa yang akan datang di telefon pintar tersebut.

Sebelum ini Google sendiri telah berkongsi sedikit rupa Pixel 4 yang memiliki modul kamera empat segi sama di belakang. Kini, Google berkongsi maklumat tentang teknologi baru yang akan dilengkapi di kamera hadapan Pixel 4.



Perkara ini juga menjawab, kenapa Google kembali menggunakan bingkai yang tebal di atas skrin.

Pixel 4 akan datang dengan teknologi radar pengesan pergerakan, Soli. Ia telah dibangunkan selama lima tahun oleh pasukan Advanced Technology and Projects team (ATAP). Radar telah sekian lama digunakan untuk mengesan kapal terbang dan objek besar, dan Google telah mencipta versi mini dan dimuatkan di atas skrin Pixel 4.



https://youtu.be/KnRbXWojW7c

Dengan Soli, Pixel 4 boleh mengesan pergerakan pengguna semudah melambai tangan, untuk melaksanakan arahan seperti melangkau lagu, mematikan penggera atau menjawab panggilan. Bagaimanapun, Google menyatakan pengesan pergerakan ini hanya terdapat di beberapa buah negara. Ini mungkin berkaitan undang-undang beberapa negara yang tidak membenarkan teknologi seperti ini digunakan.

Menggunakan kebolehan Soli untuk mengesan pergerakan, ia juga menjadikan pengecaman wajah lebih mudah. Sebelum ini, pengguna perlu sekurangnya mengangkat telefon untuk mengaktifkan skrin dan pengecaman wajah dimulakan.

Tetapi Soli boleh mengesan bila pengguna berdekatan dengan skrin dan mahu membuka kunci skrin melalui pengecaman wajah. Lebih baik lagi, ia boleh melakukannya dalam apa jua arah, walaupun memegang telefon secara terbalik. Ia juga boleh digunakan untuk membuat pengesahan pembayaran.

Dari gambar yang dikongsikan Google, Pixel 4 dilengkapi dua kamera infra merah untuk pengecaman wajah, satu radar Soli dan satu kamera hadapan. Untuk memuatkan begitu banyak kamera, Google terpaksa kembali menggunakan bingkai yang tebal di Pixel 4.

Google sebelum ini telah berkongsi rupa belakang Pixel 4, dan tiada pengimbas capjari kelihatan padanya. Ia membawa kepada dua maksud. Samada Pixel 4 akan dilengkapi pengimbas capjari di dalam skrin atau ia hanya menggunakan pengecaman wajah seperti di iPhone X.

Adakah anda tertarik dengan teknologi radar Soli ini? Mungkin ia akan menjadi satu inovasi yang bakal digunakan oleh semua telefon pintar selepas ini.

Sumber: Google

Tags: GoogleSoli
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Misteri bingkai tebal di Pixel 4

Pixel 4 dilengkapi radar dan tiga kamera depan

31 July 2019
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN