fbpx

Diskaun untuk Realme C2 dan lawatan ke Kota Bharu sempena bulan Merdeka

Bulan Ogos sememangnya sinonim sebagai bulan kemerdekaan di Malaysia. Realme Malaysia ingin bersama-sama meraikannya dengan menawarkan beberapa promosi menarik. Antaranya ialah diskaun RM80 untuk membeli telefon termurah Realme C2.

Selama satu hari pada 5 Ogos 2019, Realme akan menawarkan telefon pintar Realme C2 (RAM 2GB + Storan 16GB) dengan diskaun RM80. Dari harga asal RM429, ia akan dijual pada harga RM349 sahaja. Promosi ini hanya boleh didapati di Stor Realme di Shopee, pada 5 Ogos 2019.

Selain itu, 50 pembeli terawal akan menerima hadiah eksklusif pecuma berupa botol air Realme dan juga kad mikroSD 32GB.

Realme C2 menawarkan perkakas yang sangat berbaloi dengan harganya. Ia dikuasakan pemproses Mediatek Helio P22, skrin HD+ 6.1-inci serta bateri besar 4,000mAh. Kenalinya lebih lanjut di dalam Buka Kotak Realme C2.

Selain itu, Realme akan berkunjung ke Kota Bharu untuk bertemu peminat di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Realme akan membuka jerayawara di Aeon Mall Kota Bharu dari 6 hingga 12 Ogos 2019.

Pengunjung boleh melihat pelbagai produk Realme dengan lebih dekat dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah dari Realme Malaysia, termasuk telefon pintar Realme. Banyak aktiviti turut disediakan untuk memeriahkan lagi acara tersebut.

Untuk berita terkini tentang promosi dan acara Realme Malaysia, layari Facebook Realme Malaysia serta ikuti mereka di instagram @realmemalaysia.

BACA  TM perkenal pelan unifi Home Fibre tanpa had kuota termurah