• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah ini #KhabarBaik yang dinanti pengguna Streamyx?

  • OLEH Najib
  • 9:35 am
  • 02/08/2019
  • Komen
Adakah ini #KhabarBaik yang dinanti pengguna Streamyx?
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, Telekom Malaysia (TM) telah mengumumkan akan memberikan pengguna Streamyx naik taraf menggunakan pelbagai teknologi jalur lebar tetap dan wayarles. Perkara ini dilihat akan dirasmikan dalam satu acara #KhabarBaik yang akan diadakan minggu depan, pada 6 Ogos 2019.

TM telah mengeluarkan jemputan kepada media ke acara tersebut dan menyatakan, sejarah akan dicipta semula: “Dari peneraju teknologi jalur lebar Malaysia, akan datang inovasi yang tidak akan meninggalkan sesiapa di belakang.” Perkara ini seperti menyebut tentang naik taraf untuk pengguna Streamyx.



#khabarbaik Nantikan sesuatu yang MENARIK akan muncul tak lama lagi! Cuma 5 hari sahaja lagi!!! pic.twitter.com/Oj9bPVcF8n

— Yunni (@unifi) August 1, 2019

Dalam majlis Kembara Digital Malaysia di Ipoh minggu lepas, TM telah mengumumkan pelan pengembangan rangkaian yang akan memberi penyelesaian kepada isu yang dihadapai oleh 934,000 pengguna Streamyx dan Unifi yang masih belum dinaik taraf.

Mulai sekarang sehingga tahun 2021, pengguna sedia ada akan dipindahkan ke rangkaian jalur lebar yang lebih baik melalui gentian optik, wayarles dan juga GigaWire. TM menyasarkan untuk menyelesaikan 70% naik taraf ini (sekitar 650,000 pengguna) pada penghujung 2020.



Jika anda tidak tahu, GigaWire adalah teknologi jalur lebar yang boleh memberikan kelajuan sehingga gigabit menggunakan kabel lama tembaga. Tiada pemasangan semula diperlukan dan ia adalah alternatif kepada naik taraf jalur lebar di dalam bangunan lama.

YTL telah berjaya memperlihatkan keupayaan GigaWire menerusi ujian di beberapa bangunan lama dan berjaya mendapatkan kelajuan muat turun sehingga 876Mbps. Di tempat yang tiada rangkaian fiber, GigaWire menggunakan teknologi Terragraph sebagai rangkaian utama.

Dalam majlis TM yang sama minggu lepas, mereka turut menyatakan akan menurunkan harga pelan Streamyx 8Mbps dari RM160/bulan kepada RM89/bulan. Kepada pengguna Streamyx sedia ada, mereka akan menikmati harga lebih rendah, hanya RM69/bulan. Untuk pengguna yang memerlukan kelajuan melebihi 8Mbps, TM akan memperkenalkan satu lagi alternatif kepada jalur lebar tetap, dikenali sebagai Unifi Air.

Tags: khabarbaikstreamyxTMUnifi
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Adakah ini #KhabarBaik yang dinanti pengguna Streamyx?

Adakah ini #KhabarBaik yang dinanti pengguna Streamyx?

2 August 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN