fbpx

#KhabarBaik TM minggu depan ialah Unifi AIR?

Minggu depan, pada 6 Ogos 2019, Telekom Malaysia (TM) akan mengadakan satu majlis #KhabarBaik. Walaupun tidak menyatakan apakah isi majlis tersebut, dapat dirasakan TM akan melancarkan pelan jalur lebar baru.

Dalam kicauan di twitter, TM telah memuat naik beberapa video petunjuk dan salah satu darinya membawa maksud Unifi AIR.

Dalam video di atas, seseorang bernama Haneee berkata sesuatu tetapi video tersebut tidak mempunyai suara. Manakala teks yang dikicau bersamanya menyatakan, “Something’s up in the AIR!” (Sesuatu sedang terjadi).

Mungkin maksudnya dalam bahasa melayu tidak memberi pengertian, tetapi perkataan AIR dengan huruf besar tersebut pastinya merujuk kepada Unifi AIR.

Perkara tentang Unifi AIR telah terbocor sebelum ini di mana ia dikatakan salah satu penyelesaian wayarles TM untuk pengguna Streamyx yang tidak boleh dinaik taraf ke Unifi. Unifi AIR menggunakan teknologi LTE 2.3GHz yang diakses menerusi modem LTE Huawei B618.

Modem ini menjanjikan kelajuan yang lebih pantas dari talian mudah alih telefon dan membenarkan sambungan hingga 64 peranti sekaligus. Malah, tiada pemasangan kabel atau menebuk dinding rumah diperlukan. Hanya hidupkan modem dan bersambung kepadanya untuk mendapatkan internet berkeluan tinggi.

Dalam maklumat yang terbocor itu juga mengatakan, pelan Unifi AIR ini akan dikenakan bayaran RM79/bulan dan ditawarkan tanpa had kuota bersama kontrak selama 24-bulan. Tiada bayaran pendahuluan dikenakan dan modem LTE diberikan percuma.

Unifi Wireless Broadband

Dari apa yang diterangkan, Unifi AIR sebenarnya amat menyerupai pelan Unifi Wireless Broadband yang menawarkan kelajuan menyerupai jalur lebar dengan bayaran RM79/bilan, tetapi dihadkan kuota ke 60GB. Pelan ini juga memerlukan pengguna membeli modem LTE berasingan tetapi tidak mengenakan sebarang kontrak.

BACA  TM mahu bina rangkaian 5G SA pertama di Malaysia

Jika anda pengguna Streamyx, adakah anda akan bertukar ke Unifi AIR ini kelak? Kita nantikan pengumuman rasmi dari TM pada 6 Ogos nanti.