fbpx

Harga Honor View 20, 8X dan 8C di Malaysia turun sehingga RM600

Honor Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga kekal untuk tiga model telefon pintar mereka iaitu Honor View 20, Honor 8X dan Honor 8C. Penurunan harga ini berkuatkuasa hari ini, 5 Ogos 2019.

Pengumuman ini dibuat selepas Honor mengumumkan kempen Rileks, Beli Je yang menawarkan jaminan tambahan tahun ke-2 untuk telefon terpilih. Salah satu darinya ialah Honor View 20. Harga terbaru untuk tiga model Honor yang diturunkan ialah:

  • Honor View 20 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,499 RM1,899 Jaminan 2-tahun
  • Honor View 20 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,999 RM1,499 Jaminan 2-tahun
  • Honor 8X (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM849 RM799
  • Honor 8C (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM599 RM549

Kempen Rileks, Beli Je memberi jaminan 2-tahun untuk telefon pintar Honor terpilih sah untuk pembelian dari 22 Julai hingga 30 September 2019. Selain View 20, model yang terlibat ialah Honor 20 Lite, Honor 20 dan Honor 20 Pro.

Orang ramai boleh mendapatkan telefon pintar Honor dengan harga baru yang lebih murah ini di Stor Experience Honor, Stor Online HiHonor, Shopee, Lazada dan rakan niaga lain. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Honor Malaysia atau lawati Facebook Honor Malaysia.

BACA  Honor MagicBook Diperkasa AMD Ryzen Untuk Prestasi Tanpa Kompromi