• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft akan tampil di pentas Galaxy Note 10 persembah Office dan Your Phone

  • OLEH Najib
  • 8:33 am
  • 06/08/2019
  • Komen
Microsoft akan tampil di pentas Galaxy Note 10 persembah Office dan Your Phone
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis pelancaran Galaxy Note 10 di New York City minggu ini, akan menyaksikan Microsoft dijemput ke pentas bagi mempersembahkan penggunaan aplikasi Office dan Your Phone di telefon pintar terbaru Samsung. Your Phone membolehkan pengguna melihat gambar, membaca mesej dan notifikasi telefon pintar terus dari komputer Windows 10.

Sumber mengatakan Samsung dan Microsoft baru membaharui kerjasama mereka di mana Samsung akan memasang siap aplikasi Microsoft di dalam telefon pintar mereka. Microsoft memiliki lebih 150 aplikasi di Google Playstore dengan beberapa darinya telah dimuat turun lebih 500 juta kali.



Apatah lagi, Microsoft mahu pengguna menggunakan fungsi Pen/Ink mereka dengan lebih meluas dan Galaxy Note merupakan platform terbaik. Sudah pasti, ia kerana adanya S Pen ditambah dengan fungsi DeX yang memberikan pengalaman penggunaan komputer di telefon pintar, membuatkan penggunaan aplikasi Microsoft menjadi lebih sempurna.

Kerjasama antara keduanya boleh dilihat dari tahun 2011, di mana peyelesaian masalah lesen dan paten membuatkan Samsung bersetuju membayar Microsoft untuk menggunakan Android. Pada tahun 2015, mereka meluaskan kerjasama dengan Samsung bersetuju pula memasang aplikasi Microsoft di peranti Android. Antaranya ialah OneNote, OneDrive dan Skype.



Tahun 2018 pula menyaksikan arah yang berbeza. Microsoft mula menjual peranti Samsung di stor online serta kedai fizikal mereka di Amerika Syarikat.

Perubahan halatuju perniagaan Microsoft untuk memberi fokus lebih kepada pembangunan perisian dan berhenti menghasilkan telefon pintar kini dilihat lebih menguntungkan. Atau ada sesiapa yang masih mengimpikan untuk melihat telefon pintar Windows kembali ke pasaran?

Sumber: ZDnet

Tags: Microsoftsamsung
Najib

Najib

POPULAR

Microsoft akan tampil di pentas Galaxy Note 10 persembah Office dan Your Phone

Microsoft akan tampil di pentas Galaxy Note 10 persembah Office dan Your Phone

6 August 2019
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN