• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Notifikasi di telefon anda boleh dilihat terus di komputer sekarang

  • OLEH Najib
  • 1:31 pm
  • 04/07/2019
  • Komen
Notifikasi di telefon anda boleh dilihat terus di komputer sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Anda boleh lihat notifikasi terbaru, gambar serta SMS dari telefon Android terus di komputer Windows 10 sekarang. Perkara ini dibolehkan melalui satu aplikasi yang baru diperkenalkan Microsoft, Get Your Phone.

Ia mungkin tidak asing bagi pengguna produk Apple seperti iPhone, iPad dan Macbook, tetapi pengguna Android dan Windows adalah jauh lebih banyak dan ini pastinya sangat membantu. Perkara ini diumumkan menerusi twitter @windowsinsider, yang menyatakan aplikasi ini boleh dimuat turun dari Microsoft Store.



Notifications have arrived! With the Your Phone app, you can now receive and manage your Android phone’s notifications on your PC. Get Your Phone app from the Microsoft Store here: https://t.co/E56Z8eVdIR pic.twitter.com/ovlKi1QOJy

— Windows Insider Program (@windowsinsider) July 2, 2019

Bayangkan, telefon anda di ruang tamu dan anda membuat kerja di atas meja yang agak jauh. Notifikasi baru muncul di telefon dan anda boleh melihatnya di komputer. Semua jenis notifikasi, tanpa tapisan.

Selain itu, aplikasi Get Your Phone juga boleh memaparkan SMS dari telefon. Malah, ia juga boleh membalas SMS serta menulis SMS baru, terus dari komputer Windows anda.



Satu lagi fungsi menarik pada aplikasi ini ialah ia boleh memaparkan foto dari dalam telefon ke komputer. Tidak terhad kepada foto kamera, ia memaparkan semua gambar di telefon, termasuk screenshot. Bukan itu sahaja, foto ini boleh disalin terus ke dalam komputer. Tetapi ia memiliki had, hanya boleh memaparkan 25 foto terbaru sahaja.

Untuk mula menggunakannya sangat mudah. Anda perlu memasang aplikasi Get Your Phone, di komputer Windows 10, dan aplikasi Your Phone Companion di telefon Android. Kedua-dua aplikasi ini perlu mendaftar masuk akaun Microsoft yang sama. Kemudian beri kebenaran di telefon untuk ia akses ke beberapa fail dan sistem, dan ia boleh mula digunakan.

Sumber: AndroidPolice, WindowsInsider

Tags: Microsoftwindowswindows 10Your Phone
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Notifikasi di telefon anda boleh dilihat terus di komputer sekarang

Notifikasi di telefon anda boleh dilihat terus di komputer sekarang

4 July 2019
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN