• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini Bezanya Nintendo Switch Baru Dengan Yang Lama

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:26 am
  • 09/08/2019
  • Komen
Ini Bezanya Nintendo Switch Baru Dengan Yang Lama
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo tidak mengumumkan secara rasmi yang mereka kini sedang mengedarkan Nintendo Switch yang telah ditambah baik di beberapa bahagian. Yang menjumpainya adalah peminatnya hasil penemuan maklumat pemohonan Nitendo kepada FCC A.S untuk mengubah rekaan papan litar Nintendo Switch.

Nintendo Switch dilancarkan dalam tahun 2017

Kini, konsol baru itu sedang mengalir masuk ke pasaran dan beberapa pengguna sudahpun mendapatkannya dan melakukan perbandingan satu-dengan-satu, baru dengan lama. Ini hasilnya.



Skrin Switch yang baru hampir 10 peratus lebih cerah

Pada versi lama, kecerahan yang berjaya diukur apabila ia disetkan kepada maksimum adalah 291 nits manakala untuk Switch 2019, mereka beroleh 318 nits. Ia diterjemah kepada 9.28% lebih cerah.

Untuk perbandingan, Huawei P30 Pro miliki kecerahan maksimum pada 605 nits, Galaxy S10+ pada 793 nits, manakala iPhone XS Max pada 653 nits.



Hayat bateri nyata lebih baik

Dalam ujian bateri, mereka telah pasang Breath of the Wild pada kedua-dua konsol dan membiarkannya berjalan. Pada sejam pertama, perbezaan paras bateri antara kedua konsol adalah model baru ada 12 peratus lebih bateri berbanding yang lama.

Bila konsol lama baterinya tinggal 14%, konsol yang baru gah dengan kapasiti 41%. Nintendo tidak mengumumkan perubahan kapasiti bateri, ia berkemungkinan besar hasil kawal selia tenaga yang cekap daripada papan utamanya.

Konsol lebih sejuk

Mereka turut menggunakan pembaca suhu inframerah untuk melihat keadaan termal kedua-dua konsol. Apabila menjalankan permainan yang serupa, konsol baru didapati lebih sejuk berbanding konsol lama.

Konsol baru (bawah) berbanding konsol lama (atas), darjah kepanasan daripada hitam (sejuk) ke putih (panas).

Dalam pemohonan Ninendo kepada FCC, mareka ada memaklumkan tentang perubahan paparan litar untuk konsol ini akibat perubahan SoC dan jenis memori NAND. Mungkin Nintendo mengambil kesempatan ini untuk menambah baik sistem penyejukkan konsol ini.

Joy-Con dari luar nampak sama, tapi di dalamnya berbeza.

Ramai yang mengadu tentang masalah drifting pada tuil joy-con mereka dan mengharapkan Nintendo akan mebaikinya dalam versi baru Switch ini. Walaupun masih tidak dibuktikan masalah itu hilang pada konsol revision ini, papan litar Joy-Con baru didapati berbeza daripada yang sebelumnya.

Tuil analog pada Joy-Con ada perbezaan

Perbezaan yang boleh dilihat termasuklah pada komponen tuil yang dikatakn bermasalah. Jadi anda boleh menjangkakan Nintendo telah menyelesaikan isu yang anda hadapi dengan konsol yang lama.

Apa pendapat anda tentang konsol rivision ini? Untuk maklumat lanjut, saya sarankan anda tonton dua video di bawah kerana ia sarat dengan info tentang perbezaan antara kedua konsol.

Tags: nintendonintendo switch
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini Bezanya Nintendo Switch Baru Dengan Yang Lama

Ini Bezanya Nintendo Switch Baru Dengan Yang Lama

9 August 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER