fbpx

5 Ciri Baru Pada Telegram Yang Anda Perlu Tahu

Telegram melalui blog rasmi mereka mengumumkan kemas kini 9 Ogos 2019 untuk platform permesejan serba boleh mereka. Anda boleh jangkakan sejumlah perkara baru padanya tapi ini adalah 5 daripada ciri yang saya rasakan menarik.

Send without sound

Sekali-sekala kita terlupa letakkan telefon dalam mode silent dan apabila mesej masuk, bergegarlah satu ruang mesyuarat. Sekiranya anda menggunakan Telegram, anda boleh menghantar mesej tanpa mencetuskan audio notifikasi pada telefon si penerima.

Jadi, anda boleh susup mesej anda tanpa pengetahuan rakan anda.

Slow Mode

Jika anda bersembang dalam kumpulan besar, sudah tentu mesej akan mengalir seperti air dan ada mesej yang tenggela dek lajunya ahli-ahli lain yang menaip. Jika anda admin kumpulan itu, anda boleh tetapkan sela masa tertentu sebelum ahli boleh hantar mesej.

Admin Titles

Kini anda boleh bagi nama khas kepada jawatan Admin. Jadi anda boleh letakkan nama sekreatif mungkin seperti “raja lawak”, “kaki sembang” dan sebagainya.

Timstamps & Scrubbing pada Video

Apabila anda mainkan kandungan video daripada Telegram, anda akan dihidangkan dengan garisan scrub yang baru serta timestamp untuk pengalaman menonton yang lebih baik.

Comments Widget

Tahukah anda yang anda boleh masukkan gunakan akaun Telegram anda untuk berikan komen di website? Comments Widget kini ada ciri itu dan anda hanya perlu gunakan akaun Telegram sedia ada untuk berdiskusi di alam maya.

Lebih menarik, anda boleh subscribe kepada thread yang anda turunkan komen tadi dan segala notifikasi seperti ada pengguna yang membalas komen anda, akan dipaparkan dalam APP Telegram anda.

BACA  #KhabarBaik TM minggu depan ialah Unifi AIR?