• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Macbook Pro yang dipanggil semula oleh Apple diharamkan naik kapal terbang

  • OLEH Najib
  • 7:11 pm
  • 14/08/2019
  • Komen
Apple memanggil semula MacBook Pro 15 untuk diganti bateri percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Ingatkah anda suatu masa dahulu, telefon pintar Samsung Galaxy Note7 diharamkan dari menaiki sebarang penerbangan? Ia gara-gara masalah bateri di dalamnya yang mudah meletup membuatkan ia dilarang dari dibawa menaiki pesawat.

Perkara yang hampir sama kini dikenakan kepada laptop Apple MacBook Pro. Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA U.S) mengeluarkan arahan melarang MacBook Pro yang telah disenaraikan oleh Apple untuk dipanggil semula kerana masalah bateri, dari dibawa naik ke pesawat. Ini kerana masalah bateri tersebut membuatkan ia mudah terbakar.



#RECALL ALERT: The #FAA reminds passengers that recalled #batteries do not fly. Avoid carrying #recalled batteries when flying until repaired/replaced per manufacturer instructions. Learn how to #PackSafe at https://t.co/OzSsV8ar7m. @USCPSC recall ➡️https://t.co/rKTiTdv4lj https://t.co/kqLCRedilp

— The FAA ✈️ (@FAANews) July 10, 2019

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah langkah yang diambil oleh FAA U.S untuk mengenal pasti MacBook Pro yang bermasalah dan menghalangnya dari dibawah masuk ke pesawat.

Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah juga telah mengeluarkan amaran terhadap laptop yang sama, tetapi masih dibenarkan dibawa naik ke pesawat dengan syarat ia tidak dihidupkan atau digunakan di dalam penerbangan.



Apple pada bulan Jun lepas, telah mengeluarkan kenyataan untuk memanggil semula MacBook Pro selepas mengesan terdapat masalah di mana bateri di dalam laptop tersebut terdedah kepada kepanasan berlebihan dan membawa kepada risiko keselamatan.

MacBook Pro yang terlibat dalam panggilan semula ini dijual sekitar September 2015 hingga Februari 2017. Ia boleh dikenalpasti melalui nombor siri produk. Jika anda pemiliki MacBook Pro yang dijual dalam tempoh tersebut, Apple menyarankan anda untuk berhenti menggunakannya sehingga ia diperiksa.

Untuk menyemak jika MacBook Pro 15-inci anda terlibat dalam pemanggilan semula ini, serta mengganti baterinya secara percuma, lawati laman web Program Penggantian Bateri MacBook Pro.

Sumber: Bloomberg

Tags: MacBookmacbook pro
Najib

Najib

POPULAR

Apple memanggil semula MacBook Pro 15 untuk diganti bateri percuma

Macbook Pro yang dipanggil semula oleh Apple diharamkan naik kapal terbang

14 August 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN