fbpx

Astro dan Maxis lancar pelan jalur lebar dan kandungan dalam satu pakej konvergen

Maxis dan Astro, dua syarikat berbeza yang menyediakan perkhdimatan telekomunikasi dan kandungan, hari ini mengumumkan akan berkongsi pemasaran strategik. Kedua-dua pihak akan menawarkan pakej jalur lebar bersama kandungan.

Dengan kerjasama ini, Astro akan melancarkan pakej jalur lebar baru dengan kelajuan 30Mbps dan 100Mbps, dilengkapi produk kandungannya untuk pelanggan hari ini. Di masa depan, mereka akan memperkenalkan rangkaian produk penuh dengan kelajuan jalur lebih tinggi bila tiba masa yang sesuai.

Pengguna boleh menikmati penjimatan sehingga RM720 dengan melanggan pakej pelan jalur lebar dari Astro ini. Pengguna sedia ada Astro, boleh menambah pelan jalur lebar dengan membayar RM89/bulan untuk kelajuan 30Mbps, dan RM129/bulan untuk 100Mbps.

Manakala pengguna baru, mereka boleh melanggan pakej Astro dan jalur lebar dari serendah RM128.95 untuk jalur lebar 30Mbps dan pek Family Astro, dan serendah RM168.95 dengan kelajuan 100Mbps dan pek Family Astro.

Kerjasama Maxis dan Astro ini memberi pilihan kepada pengguna yang mahukan kandungan hiburan bersama pelan jalur lebar mereka, yang selama ini hanya ditawarkan oleh TM menerusi pelan Unifi atau Streamyx bersama Unifi TV.

Jika berminat, anda boleh mendaftar melalui WhatsApp di talian +60395433838 dan menaip mesej “Hi”. Kemudian ikuti langkah-langkah yang diberikan. Agen Astro akan menghubungi anda selepas itu.

Sebenarnya, tawaran Maxis dan Astro ini dilihat tidak banyak berbeza dengan pelan Astro IPTV sebelum ini. Astro IPTV juga boleh dilanggan dengan kelajuan 30Mbps atau 100Mbps. Harga pakej juga bermula dari serendah RM128.95.

Maklumat lanjut berkenaan tawaran ini boleh dirujuk di laman web Astro and Broadband. Pakej Astro dan harga pelan pula boleh dirujuk di sini.

BACA  Maxis guna kepakaran Huawei untuk melancarkan 5G