• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jadual peranti Huawei yang terima EMUI 10 berasaskan Android Q

  • OLEH Najib
  • 6:18 pm
  • 15/08/2019
  • Komen
Jadual peranti Huawei yang terima EMUI 10 berasaskan Android Q
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah memperkenalkan sistem operasi terbaru mereka untuk telefon pintar, EMUI 10 ketika persidangan Huawei Developer Conference 2019. Ia dibina berasaskan Android Q, memperkenalkan perkara baru seperti antaramuka yang direka semula, mod gelap di seluruh sistem, prestasi lebih lancar dan beberapa fungsi baru.

Dalam persidangan tersebut, Huawei mengumumkan telefon pintar P30 dan P30 Pro akan menjadi peranti terawal menerima EMUI 10 Beta, dijadualkan pada 8 September 2019. Kini lebih banyak peranti diumumkan akan menerima versi Beta EMUI 10, pada tarikh berikut:



  • Mate 20 – akhir September 2019
  • Mate 20 Pro – akhir September 2019
  • Mate 20 X – akhir September 2019
  • Mate 20 RS Porsche Design – akhir September 2019

Manakala untuk produk Honor, ia akan dinaik taraf ke sistem operasi Magic UI 3.0 juga berasaskan Android Q. Peranti yang terlibat dan tarikh pelepasan peringkat Beta ialah:

  • Honor 20 – akhir September 2019
  • Honor 20 Pro – akhir September 2019
  • Honor V20 – akhir September 2019
  • Honor Magic 2 – akhir September 2019

Jadual versi Beta EMUI 10 ini dijangka untuk peranti di pasaran China dahulu. Bagi peringkat antarabangsa, Huawei memerlukan lebih masa untuk memastikannya ia stabil digunakan. Di luar China, peranti Huawei Mate 30 akan datang, dilihat akan menjadi telefon pertama yang menggunakan EMUI 10 kelak, sebelum model lain mula menerima kemaskini OS terbaru ini.



Sumber: GSMarena, mydrivers

Tags: android qEMUI 10Huawei
Najib

Najib

POPULAR

Jadual peranti Huawei yang terima EMUI 10 berasaskan Android Q

Jadual peranti Huawei yang terima EMUI 10 berasaskan Android Q

15 August 2019
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
iQoo 16 dan iQoo 16s bakal dilancar di Malaysia pada 8 Disember, tempahan kini dibuka

iQoo 16 dan iQoo 16s bakal dilancar di Malaysia pada 8 Disember, tempahan kini dibuka

26 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN