• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 8 Pro akan jadi telefon pertama dilancar dengan kamera 64MP

  • OLEH Najib
  • 5:11 pm
  • 21/08/2019
  • Komen
Redmi Note 8 Pro akan jadi telefon pertama dilancar dengan kamera 64MP
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi sebelum ini telah mengumumkan akan melancarkan telefon pintar dengan kamera 64MP. Hari ini, ia telah disahkan bahawa telefon pertama Xiaomi dengan kamera 64MP ialah Redmi Note 8 Pro. Majlis pelancaran telefon ini akan diadakan pada minggu depan, 29 Ogos 2019.

Perkara ini diumumkan menerusi laman weibo Redmi. Mereka memuat naik poster pelancaran Redmi Note 8 Pro yang memiliki empat kamera di belakang, tiga darinya disusun menegak dan satu lagi kamera di tepi.



Dari gambar tersebut, dapat dilihat dengan jelas pengimbas capjari terdapat di bawah kamera belakang. Bermakna, ia tidak akan menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin dan mungkin juga tiada skrin AMOLED.

Selain Redmi Note 8 Pro, satu lagi model yang akan diperkenalkan di majlis yang sama ialah Redmi Note 8. Bagaimanapun, dijangka ia tidak akan memiliki kamera 64MP.



Jika benar Redmi Note 8 Pro dengan kamera 64MP ini dilancarkan minggu depan, maka ia akan mendahului pelancaran Realme XT yang dikhabarkan akan dibuat sekitar akhir bulan September. Jadi, Realme bukanlah yang pertama melancarkan kamera 64MP di telefon pintar.

Tiada maklumat lain berkenaan telefon ini diberitahu. Redmi juga akan melancarkan TV 70-inci dan dijangka memperkenalkan Redmi 8 pada majlis yang sama. Kita nantikan apakah kejutan lain yang akan tiba pada 29 Ogos nanti.

Sumber: weibo, GSMarena

Tags: RedmiRedmi Note 8Redmi Note 8 Proxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Redmi Note 8 Pro akan jadi telefon pertama dilancar dengan kamera 64MP

Redmi Note 8 Pro akan jadi telefon pertama dilancar dengan kamera 64MP

21 August 2019
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN