• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme XT dilengkapi kamera 64MP akan tiba bulan depan

  • OLEH Najib
  • 11:38 am
  • 21/08/2019
  • Komen
Realme XT dilengkapi kamera 64MP akan tiba bulan depan
Share on FacebookShare on Twitter

Realme telah melancarkan dua model telefon pintar baru mereka di India, digelar Realme 5 dan Realme 5 Pro. Tetapi di akhir pembentangannya, mereka turut mengumumkan satu lagi model yang akan datang tidak lama lagi, iaitu Realme XT.

Walaupun tidak banyak diperkatakan tentangnya, Realme XT ialah telefon pintar yang turut memiliki 4 kamera di belakang seperti Realme 5 dan Realme 5 Pro. Tetapi kamera utamanya ialah kamera 64MP yang telah dicanangkan sekian lama oleh Realme sendiri.



Semasa majlis pelancaran tersebut, CEO Realme India, Madhav Sheth, menyatakan Realme XT akan dilancarkan sebelum Deepavali. Beliau tidak menyebut tarikhnya dengan tepat tetapi ia akan dibuat sekitar akhir September.

Kamera 64MP di Realme XT menggunakan sensor Samsung ISOCELL Bright GW1. Ia memiliki saiz sensor besar, berukuran 1/1.72-inci dengan saiz piksel 0.8-mikron. Untuk tangkapan bercahaya malap, ia boleh menghasilkan gambar 16MP yang lebih cerah, dengan teknologi Tetracell yang menggabungkan piksel berhampiran.



Tiada maklumat diberikan berkenaan apakah tiga lagi kamera lain di Realme XT. Tetapi besar kemungkinan, ia adalah serupa dengan Realme 5 Pro. Selain kamera utama 48MP, Realme 5 Pro dilengkapi kamera ultra lebar 8MP, kamera pengesan kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP.

Selain Realme, Xiaomi juga telah mengumumkan akan memperkenalkan telefon pintar dengan kamera 64MP tidak lama lagi. Malah, Xiaomi juga telah menyatakan kerjasama mereka dengan Samsung untuk menghasilkan kamera 108MP di telefon pintar.

Satu lagi persoalan yang penting ialah, adakah Realme XT akan ditawarkan di luar India, terutama sekali di Malaysia? Ini kerana Realme X yang diperkenal bersama Realme 3, tidak dijual di Malaysia. Adakah Realme XT akan menerima nasib yang sama? Semoga hati Realme terbuka untuk membawa Realme XT ke Malaysia kelak.

Sumber: NDTV

Tags: RealmeRealme XT
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Realme XT dilengkapi kamera 64MP akan tiba bulan depan

Realme XT dilengkapi kamera 64MP akan tiba bulan depan

21 August 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN