fbpx

Redmi Note 8 akan dikuasakan cip gaming terbaik dari Mediatek

Xiaomi akan melancarkan telefon pintar Redmi Note 8 dan Note 8 Pro minggu depan. Antara perkara yang telah diumumkan mereka ialah penggunaan kamera 64MP yang menggunakan sensor imej keluaran Samsung.

Selain itu, telefon pintar Redmi yang baru ini akan dikuasakan oleh cip baru Mediatek yang direka khas untuk gaming, Helio G90T. Perkara ini bukanlah maklumat yang baru kerana sebelum ini Redmi telah menyatakan akan menggunakan cip baru Mediatek ini di dalam telefon pintar akan datang. Tetapi kini ia disahkan akan digunakan pada siri Redmi Note 8.

Menerusi akaun weibo Mediatek, satu poster telah dimuat naik yang menyatakan Redmi Note 8 akan diperkasa cip Helio G90T. Ia dibina berasaskan arkitektur 12nm, menggandingkan 2-teras Cortex-A76 berkuasa tinggi dan 6-teras Cortex A55 yang jimat tenaga. Untuk grafik, ia menggunakan cip ARM Mali G76 yang baru dan boleh menyokong RAM LPDDR4x sehingga 10GB.

Tetapi pengumuman ini tidak boleh diambil kira akan digunakan bagi unit antarabangsa. Sebelum ini, Xiaomi pernah melancarkan Redmi Note 3 di China dengan pemproses Mediatek X10, tetapi diperkenal di peringkat antarabangsa dengan pemproses Snapdragon 650.

Bagaimanapun untuk pasaran India, ia boleh dikatakan hampir pasti memandangkan CEO Xiaomi India telah berkata tentangnya sebelum ini menerusi ciapan twitter beliau:

Dari segi prestasi, cip Mediatek Helio G90T dikatakan memperoleh markah melebihi 220,000 mata di aplikasi AnTuTu. Mata ini lebih tinggi dari yang dicapai MI 9T yang diperkasa pemproses Snapdragon 730.

BACA  Telefon pintar Oppo dengan dwi-mod 5G akan tiba hujung tahun 2019

Redmi Note 8 dan Note 8 Pro dijadualkan akan dilancarkan di China pada 29 Ogos 2019. Pasti lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang majlis pelancarannya kelak.

Sumber: Weibo, GSMarena