• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Tiada lagi makanan, sistem operasi Android seterusnya ialah Android 10

  • OLEH Najib
  • 7:38 am
  • 23/08/2019
  • Komen
Tiada lagi makanan, sistem operasi Android seterusnya ialah Android 10
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini Google menyatakan dengan rasminya, sistem operasi Android Q akan datang tidak lagi menggunakan nama makanan. Sebaliknya ia akan dikenali sebagai Android 10. Khalas.

Perkara ini dibuat selepas maklum balas yang diterima kerana nama Android sebelum ini tidak mudah difahami orang ramai di seluruh dunia. Contohnya, huruf R dan L sukar dibezakan dalam sebutan beberapa bahasa.



Android 5.0 Lollipop

Misalnya Android Lollipop. Apabila disebut, ia tidak jelas didengari sebagai huruf selepas K, yang diwakili oleh Android KitKat.

Ia juga menjadi lebih sukar untuk pengguna Android yang baru, yang tidak memahami susunan huruf, membuatkan mereka keliru samada telefon mereka sudah menggunakan OS terkini.



Seperkara lagi, makanan yang menjadi nama OS Android tidak dikenali di seluruh dunia. Ini boleh menambah lagi kekeliruan kepada mereka yang tidak mengetahuinya.

Oleh itu, sebagai OS yang digunakan oleh semua orang di seluruh dunia, adalah penting namanya jelas dan difahami orang ramai.

Dari situ, Google memutuskan untuk memanggil Android Q sebagai Android 10. Bukan lagi makanan.

Atau adakah sebenarnya Google menghadapai masalah untuk mencari nama Q yang sesuai?

Bukan itu saja. Google juga akan menggunakan logo Android dan rupa robot yang baru. Perkataan Android akan mempunyai jenis perkataan yang berbeza dan berwarna hitam agar lebih mudah dilihat. Robot Android juga menerima sentuhan kemaskini untuk menyegarkan rupanya.

Perubahan ini akan berlaku secara berperingkat dalam masa terdekat. Kemaskini Android 10 juga akan dilepaskan dalam masa beberapa minggu lagi.

Adakah anda bersetuju dengan alasan Google untuk tidak lama menggunakan nama makanan? Selamat tinggal kepada kenangan manis Android sebelum ini iaitu:

  • Cupcake
  • Eclair
  • Froyo
  • Gingerbread
  • Honeycomb
  • Ice Cream Sandwich
  • Jelly Bean
  • KitKat
  • Lollipop
  • Marshmallow
  • Nougat
  • Oreo
  • Pie

Sumber: Google

Tags: androidAndroid 10android qGoogle
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiada lagi makanan, sistem operasi Android seterusnya ialah Android 10

Tiada lagi makanan, sistem operasi Android seterusnya ialah Android 10

23 August 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN