• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Orang ramai beratur seawal 2 pagi untuk membeli Galaxy Note 10

  • OLEH Najib
  • 9:13 am
  • 23/08/2019
  • Komen
Orang ramai beratur seawal 2 pagi untuk membeli Galaxy Note 10
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung memulakan jelajah Galaxy Note 10 mereka ke seluruh Malaysia bermula hari ini, 23 Ogos 2019. Terdapat 5 lokasi jelajah ini diadakan iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan dan Kota Kinabalu.

Sudah pasti, tawaran istimewa menanti mereka yang terawal datang dan membeli Galaxy Note 10 di jelajah ini. Antara hadiah percuma yang diberikan ialah Galaxy Fit, Galaxy Watch Acive, jaminan tambahan, jaminan perlindungan skrin dan powerbank. Tetapi tawaran yang dilihat paling menarik sekali ialah diskaun RM1,000 untuk pembelian unit kedua.



Mungkin sangat tertarik dengan tawaran ini, orang ramai dilihat telah mula beratur di salah satu lokasi jelajah, Midvalley Megamall seawal pukul 2 pagi tadi. Sehingga pukul 9 pagi ini, dianggarkan sekitar 50 orang telah beratur di sana.

Selain membeli telefon pintar Galaxy Note 10, Samsung juga menawarkan diskaun untuk pembelian atas pembelian aksesori untuk telefon pintar terbaru ini. Antaranya diskaun RM50 untuk powerbank wayarles 10,000mAh dan kit pengecas, diskaun RM25 untuk powerbank 10,000mAh serta diskaun 20% untuk casing LED View Cover.



Sumber: Facebook Group Galaxy Note 10

Tags: Galaxy Note 10samsung
Najib

Najib

POPULAR

Orang ramai beratur seawal 2 pagi untuk membeli Galaxy Note 10

Orang ramai beratur seawal 2 pagi untuk membeli Galaxy Note 10

23 August 2019
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

24 November 2026
Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

24 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN