fbpx

Generasi Ke-10 Intel Core Ada 8 Ahli Baru Daripada Seni Bina Comet Lake

Saya pun terkejut dengan pengumuman ini. Bukankah awal bulan ini Intel ada lancarkan sejumlah Intel Core Gen. ke-10? Tapi kali ini, ia bukanlah yang dibangunkan daripada seni bina Ice Lake sebaliknya Comet Lake yang sudah tentu ada beberapa perbezaan antara keduanya.

Antara perbezaan CPU Gen-10 Comet Lake dengan CPU Gen-10 Ice Lake yang saya boleh senaraikan adalah seperti:

  • Comet Lake gunakan litografi 14nm, lebih besar daripada Ice Lake yang gunakan 10nm.
  • Tatacara penamaan Comet Lake masih ikut penamaan yang lama.
  • Comet Lake kini menyokong LPDDR4X-2933 yang tidak disokong pada CPU Gen-9 sebelum ini.

Daripada tiga maklumat tersebut, bolehlah disimpulankan yang 8 CPU baru ini tidaklah lebih berkuasa berbanding Ice Lake yang dilancarkan awal bulan ini, sebaliknya untuk menjadi jambatan penghijrahan CPU ultrabook Gen-9 ke Gen-10.

Selain tiga ciri utama yang disenaraikan di atas, Intel turut masukkan cipset baru pada CPU Comet Lake kali ini. Jadi pada cip ini ia menyokong Wi-Fi 6 yang lebih pantas. Daripada sudut prestasi, Intel memaklumkan yang anda boleh jangkakan peningkatan sehingga 16% berbanding generasi sebelumnya tanpa mengorbankan hayat bateri.

Seperti versi Ice Lake Intel Core Gen-10, laptop yang diperkasa Comet Lake Intel Core Gen-10 dijangkakan akan menemui anda dalam tahun 2019 ini.

Sumber: Intel

BACA  Xiaomi CC9 Pro tampil dengan gabungan lima kamera berkuasa 108MP pertama di dunia