• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

3 Bulan Spotify Premium percuma untuk anda cuba pertama kali

  • OLEH Najib
  • 2:46 pm
  • 23/08/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Spotify merupakan platform penstriman lagu paling popular di dunia. Jika anda tidak pernah melanggan akaun premium Spotify, anda boleh menikmati 3 bulan pertama akaun premium secara percuma. Ia merupakan tawaran terbaru dari Spotify yang tiada had masa.

Jika berminat, anda boleh mendapatkan tawaran ini menerusi laman Spotify Premium. Dengan akaun premium, pengguna boleh menikmati 50 juta lagu yang boleh didapati atas permintaan dan tanpa iklan, serta akses kepada 450,000 judul podcast.



Selain itu, pengguna premium juga boleh memuat turun lagu agar boleh dimainkan di luar talian, serta melangkau lagu tanpa had.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan Premium Spotify, Alex Norström, “Kami mahu memberikan 3 bulan pertama secara percuma kepada para pelanggan agar mereka dapat menikmati sepenuhnya perkhidmatan yang ditawarkan oleh Spotify Premium. Kami tahu anda memerlukan masa untuk mencuba semua ciri-ciri yang disediakan melalui pelan Premium, jadi kami memberikan anda lebih banyak masa untuk ‘jatuh cinta’ dengan pengalaman Premium yang lancar dan akses atas permintaan pada lebih 50 juta lagu, berbilion senarai lagu, serta 450,000 judul podcast secara percuma.”



Tawaran 3 bulan percuma ini akan ditawarkan terlebih dahulu untuk akaun individu. Ia akan dibuka kepada akaun Family dan Duo (belum ditawarkan di Malaysia) dalam masa beberapa bulan akan datang.

Untuk maklumat lanjut, layari blog Spotify di sini.

Tags: Spotify
Najib

Najib

POPULAR

3 Bulan Spotify Premium percuma untuk anda cuba pertama kali

23 August 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN