• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan TuneTalk Value makin CUN, 70GB hanya RM48 sebulan

  • OLEH Najib
  • 1:25 pm
  • 27/08/2019
  • Komen
Pelan TuneTalk Value makin CUN, 70GB hanya RM48 sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

TuneTalk telah memperkenalkan pek prabayar Value pada bulan April lepas. Kini mereka memperbaharuinya dengan memperkenalkan pelan Cun Value. Ia menawarkan lebih banyak data bersama panggilan tanpa had, sambil mengekalkan harga yang sama.

Sebelum ini, pelan bulanan RM48 memberikan pengguna 10GB data berkelajuan tinggi dan 40GB data khas video. Tetapi kini ia ditambah menjadi 60GB data khas video, menjadikan jumlah data kepada 70GB sebulan.



Tetapi pelan baru ini menukar data video khas dari kuota bulanan kepada kuota harian. Berbanding penggunaan 40GB data video sebulan, pengguna akan menerima 2GB data video setiap hari, menjadikan jumlahnya 60GB untuk 30 hari.

Pelan bulanan RM48 ini turut menerima pek Chat, Social dan Music tanpa had secara percuma, serta panggilan tanpa had ke semua talian. Selain itu, ia juga datang bersama 10GB internet asas jika pengguna habis menggunakan data berkelajuan tinggi.



Bagi pelan RM28 pula, ia menerima 10GB data berlajuan tinggi dan dinaiktaraf dari 6GB kepada 15GB data khas video sebulan. Data video ini dipecahkan kepada 500MB sehari.

Selain panggilan tanpa had ke talian TuneTalk, pelan RM28 ini juga menerima pek Chat dan Social tanpa had, tetapi tiada pek Music. Kuota internet asas 10GB juga diberikan. Jika perlu, data tambahan booster 10GB berharga RM10 boleh dibeli untuk menambah data internet berkelajuan tinggi.

TuneTalk juga masih menawarkan pelan tahunan berharga RM200/tahun dengan kutao data 120GB. Data ini dipecahkan kepada 12 bulan, memberikan pengguna 10GB data setiap bulan selama 12 bulan. Ia juga disertakan panggilan tanpa had ke talian TuneTalk dan internet asas 10GB. Secara purata, pengguna membayar RM16.67 sebulan untuk pelan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, layari laman web TuneTalk Cun Value.

Tags: tunetalk
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Pelan TuneTalk Value makin CUN, 70GB hanya RM48 sebulan

Pelan TuneTalk Value makin CUN, 70GB hanya RM48 sebulan

27 August 2019
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN