• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ada Telefon Kuadkamera Daripada OPPO Akan Masuki Malaysia Tak Lama Lagi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:40 pm
  • 03/09/2019
  • Komen
Ada Telefon Kuadkamera Daripada OPPO Akan Masuki Malaysia Tak Lama Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO Malaysia hari ini menerbitkan satu teaser tentang produk yang akan mereka lancarkan tak lama lagi. Dengan angka 4 yang mengandungi empat biji donat berlainan saiz, ia mungkin merujuk pada konfigurasi kamera belakang dan sudah tentu mereka maksudkan OPPO Reno 2 yang baru saja diumumkan di India.

Mengapa kami katakan yang pelancarannya sangat hampir adalah kerana ada beberapa entri di pengkalan data SIRIM yang mencadangkan telefon ini sudahpun menerima kelulusan badan pensijilan Malaysia.



Reno 2 secara ringkasnya, keluaga Reno 2 kali ini ada tiga saudara iaitu:

  • Reno 2
  • Reno 2 Z
  • Reno 2 F

Sebagai yang paling berkuasa dalam kalangan tiga telefon itu, Reno menggunakan Snapdagon 730G yang bergandingan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Empat kamera yang hadir di belakang telefon adalah kombo 48MP, 8MP (ultralebar), 13MP (telefoto), dan 2MP (bokeh) dan konfigurasi yang sama turut boleh dijumpai pada dua saudaranya yang lain.



Beza Reno 2 dengan yang lain adalah ia satu-satunya yang masih kekalkan rekaan sirip jerung untuk tempatkan kamera selfie 16MP manakala dua yang lain guna kamera pop-up biasa.

Reno 2 F dan Reno 2 Z masing-masing diperkasa SoC MediaTek Helio P70 dan P90 dengan konfigurasi RAM dan storan yang pelbagai. Mereka jug berkongsi paparan 6.53″ AMOLED beresolusi FHD+ yang sama sedangkan Reno 2 ada paparan 6.5″ AMOLED FHD+.

Yang mana satukah Reno yang akan tiba di Malaysia? Untuk itu, kita kena tunggu berita yang selanjutnya.

Tags: oppoOppo Renooppo reno 2 z
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Ada Telefon Kuadkamera Daripada OPPO Akan Masuki Malaysia Tak Lama Lagi

Ada Telefon Kuadkamera Daripada OPPO Akan Masuki Malaysia Tak Lama Lagi

3 September 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN