fbpx

Mi 9 Pro 5G Ada 4 Inovasi Terbaru Xiaomi Untuk Teknologi Bateri

Xiaomi Mi 9 adalah yang pertma dilengkapi pengecasan wayarles dan ia adalah yang terpantas dunia waktu itu dengan keupayaan setinggi 20W. Tak mahu terhenti di situ, Xiaomi perkenalkan pula Mi Charge Turbo yang 50% lebih pantas berbanding sebelumnya iaitu 30W dan ia hampir menyamai pengecasan pantas berwayar.

Pad pengecas wayarles 30W Xiaomi dilengkapi kipas penyejuk

Untuk perbandingan, pengecasan terpantas berkabel terpantas dunia setakat ini adalah milik OPPO dengan 50W dan boleh ditemui pada telefon seperti OPPO R17 Pro dan Find X edisi Lamborghini. Huawei pula ada SuperCharge dengan 40W pada telefon seperti Mate 20. OnePlus ada DashCharge sepantas 20W. Samsung pula ada pengeasan sehngga 45W dengan pengecas Super Fast untuk Note 10 mereka.

Mi Charge Turbo memanfaatkan seni bina 4:1 pengecasan-langsung berbanding 2:1 pada versi sebelum ini untuk mempertingkat jumlah tenaga yang mampu dipam masuk. Ia menambah kecekapan mengecas dan pada masa yang sama mengurangkan haba yang terhasil semasa proses mengecas. Untuk demonstrasi, sekeping bateir 4,000mAh boleh diisi daripada 0 ke 50% dalam masa 25 minit sahaja dan isian penuh mengambil masa 69 minit.

Kemunculan sulung pengecasan wayarles secara mengundur di Mi 9 Pro 5G

Selain Mi Charge turbo, Xiaomi juga bakal memasukkan fungsi pengecasan reverse wayarles seperti yang ada pada Mate 20 dan Glaaxy Note 10 tapi lebih baik. Hal ini kerana, versi Xiaomi mampu mengalirkan 10W tenaga keluar daripada bateri telefon berbanding 5W dalam teknologi sedia ada.

Kaedah perpindahan tenaga turut mengguna pakai komponen Bluetooth pada telefon dan mereka katakan yang ia lebih baik berbanding piawaian Qi sedia ada. Kaedah konvesional Qi menggabungkan aliran tenaga dan data bersama dan ia terbukti tidak cekap kerana hanya data ataupun tenaga boleh melalui aliran itu dalam satu-satu masa.

BACA  OnePlus 7T Pro Di Malaysia Kekalkan Harga Seperti Generasi Sebelumnya

Tapi teknologi dua jalur Xiaomi memisahkan aliran data daripada tenaga dan menggunakan Bluetooth memakstikan tiada kekacauan berlaku semasa mengecas.

Xiaomi Mi 9 Pro 5G yang akan tiba tak lama lagi ada empat teknologi tenaga baru. Dua daripadanya adalah Mi Chage Turbo 30W dan pengecasan reverse wayarles seperti yang dinyatakan tadi. Yang ketiga adalah pengecasan reverse wired OTG iaitu telefon jadi pad pengecas wayarles walaupun telefon sendiri sedang dicas menggunakan wayar. Yang terakhir adalah pengecasan pantas biasa.

Sumber: Xiaomi