fbpx

Jika Samsung Sebuah Galaksi, Note10 Adalah Pusatnya

Samsung bukanlah nama yang asing dalam dunia teknologi. Mereka hadir dalam segenap pelosok, daripada barangan kelengkapan rumah, hinggalah ke elektronik. Jika anda terlepas berita, Samsung baru saja mengumumkan keluarga Galaxy Note10 yang terdiri daripada Note10 dan Note10+ dan ia mula dijual pada 23 Ogos 2019 di Malaysia.

Sebagai ahli baru dalam ekosistemnya, Samsung memperlengkap produk ini dengan segala-gala yang mereka telah pelajari sebelum ini dalam penghasilan telefon pintar. Maka, anda boleh jangkakan hanya yang terbaik pada setiap inci telefon ini. Sebagai sesuatu yang versatil, anda boleh lihat Note10 seperti berada di tengah-tengah ekosistem Galaxy, menghubungkan antara satu dengan yang lain dengan sempurna.

Galaxy Watch Active2

Aksesori yang paling baik untuk anda padankan dengan Note10 anda ialah seutas jam tangan Galaxy Watch Active2. Sungguhpun jam tangan ini mengekalkan rekaan Watch Active asal, ia kini menampilkan bingkai peka sentuhan yang bertindak seperti bezel berputar sebagai salah satu cara anda berinteraksi dengan jam tangan.

Fungsi memantau kesihatan adalah salah satu ciri utama Watch Active2. Di belakang jam tangan ada pengimbas denyut nadi yang memeriksa kesihatan jantung daripada masa ke masa dan akan memaklumkan anda sekiranya ada sebarang anomali.

SamsungPay juga ada dalam jam tangan ini. Jadi anda tak perlu risau untuk keluarkan dompet daripada dalam beg kerana pembayaran boleh terus dilakukan menggunakan pergelangan tangan. Watch Active2 hadir dalam dua saiz, 40mm dan 44mm. Ia boleh mengambil tenaga daripada Note10 menerusi fungsi Wireless PowerShare.

Samsung DeX

Samsung Desktop eXperience (DeX) telah diperkenalkan pada keluarga Samsung Galaxy S8 dan telah diteruskan untuk semua siri S dan Note yang seterusnya. Fungsinya adalah untuk memberikan pengalaman desktop apabila anda menyambungkan telefon kepada monitor menggunakan dock khas.

BACA  Samsung Galaxy Fold akan tiba di Malaysia bulan ini

Untuk DeX pada Galaxy Note10, mereka telah menambah baik fungsi itu apabila untuk iterasi kali ini, ia hanya perlukan kabel USB antara telefon dan komputer untuk mengaktifkan DeX. Apabila sedang berjalan, telefon boleh digunakan seperti biasa, atau digunakan sebagai pad sesentuh untuk kawal kursor.

Link to Windows

Acara Unpacked 2019 juga menyaksikan pengumuman usaha sama antara Samsung dengan Microsoft. Bermula dengan Galaxy Note 10, anda boleh menjangkakan lebih banyak asimilasi servis yang akan berlaku antara dua gergasi teknologi ini dan salah satu daripadanya adalah Link to Windows.

Semua Galaxy Note10 hadir dengan aplikasi ini. Apa yang ia lakukan adalah menyaalin paparan telefon ke komputer secara wayarles. Lebih menarik, anda boleh gunakan papan kekunci dan tetikus komputer untuk beri input pada telefon. Sekiranya anda masih perlu gunakan komputer untuk lakukan tugasan, anda takkan terlepas mesej-mesej penting sebab semua notifikasi akan dipaparkan di komputer untuk anda balasnya terus dari sana. Memindahkan gambar daripada telefon ke komputer adalah semudah drag & drop menggunakan servis Link to Windows.

Anda berminat untuk dapatkan Galaxy Note10?

Samsung Galaxy Note10 dan Note10+ hadir dengan storan asas 256GB dan jika anda perlukan lebih tempat menyimpan, 512GB ada untuk Note10+. Harganya semua varian Note10 yang ada di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Samsung Galaxy Note 10 256GB – RM3,699
  • Samsung Galaxy Note 10+ 256GB – RM4,199
  • Samsung Galaxy Note 10+ 512GB – RM4,799

Berminat untuk miliki sebuah Galaxy Note 10? Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Advertisement