• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Tempahan awal siri iPhone 11 di Malaysia bermula pada 20 September

  • OLEH Najib
  • 6:51 pm
  • 11/09/2019
  • Komen
iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max terima naik taraf kamera luar dan dalam
Share on FacebookShare on Twitter

Baru pagi tadi dilancarkan di Amerika Syarikat, hari ini kita telah mendapat semua maklumat berkenaan penjualannya di Malaysia. Laman web Apple Malaysia telah menyatakan siri iPhone 11 akan dijual di Malaysia pada 27 September 2019, tetapi Digi telah mengesahkan tarikh tempahan awal.

Digi mengumumkan akan membuka tempahan awal untuk iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max bermula pada 20 September 2019. Tempahan awal ini boleh dibuat menerusi laman web www.digi.com.my Digi akan menawarkan program Digi PhoneFreedom 365 bersama jualan siri iPhone 11 kelak.



Program Digi PhoneFreedom 365 membolehkan pengguna mendapatkan telefon pintar terbaru kegemaran mereka tanpa wang pendahuluan dan tanpa faedah. Pengguna akan membayar harga peranti secara ansuran selama 24 bulan. Malah, pengguna boleh bertukar ke telefon baru tanpa caj naik taraf sebelum tamat membayar ansuran.

Nantikan maklumat lanjut tentang tawaran siri iPhone 11 di Digi kelak. Pasti lebih banyak syarikat telekomunikasi dan penjual lain akan mula membut tawaran jualan siri iPhone 11 tidak lama lagi. Sementara itu, dapatkan maklumat lanjut mengenai Digi di laman web www.digi.com.my.



Tags: appledigiiphoneiphone 11
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max terima naik taraf kamera luar dan dalam

Tempahan awal siri iPhone 11 di Malaysia bermula pada 20 September

11 September 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN