• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad terbaru yang menyokong Pencil dan Keyboard telah tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:01 pm
  • 10/10/2019
  • Komen
iPad terbaru yang menyokong Pencil dan Keyboard telah tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tablet Apple terbaru kini telah mula dijual di Malaysia. iPad generasi ke-7 ini memiliki paparan lebih besar dan menyokong Smart Keyboard untuk menjadikan kerja lebih mudah.

Skrin iPad terbaru kini berukuran 10.2-inci dengan paparan Retina Display yang memiliki resolusi 2160×1620. Saiz fizikalnya sama dengan iPad Air yang baru dengan tahap ketebalan yang sama, 7.5mm. Di sisi, terdapat sambungan yang membolehkan Smart Keyboard disambung padanya, yang sebelum ini hanya terdapat di iPad Pro.



Di dalam, ia dikuasakan cip Apple A10 yang sama dengan iPhone 7 dengan pilihan storan 32GB atau 128GB. Kamera pula 8MP di belakang yang boleh merakam video 1080p dan 1.2MP di hadapan untuk panggilan video FaceTime HD.

Ia masih menggunakan butang Home dengan Touch ID dan terdapat dua pembesar suara di sisi. Versi LTE menyokong rangkaian LTE untuk internet mudah alih dan ia turut menyokong eSIM.



Bateri di dalam iPad ini memberi tenaga penggunaan sehingga 10 jam dan dicas melalui sambungan Lightning. Ia juga adalah iPad pertama datang siap dengan iPadOS.

Dengan sokongan Apple Pencil dan Smart Keyboard, ia merupakan satu pilihan lebih murah untuk menggantikan komputer, berbanding iPad Pro. Apple Malaysia turut mengekalkan harga yang sama dengan model sebelumnya. Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:

WiFi sahaja
iPad 32GB Wi-Fi – RM1,449
iPad 128GB Wi-Fi – RM1,849

WiFi+LTE
iPad 32GB LTE – RM1,999
iPad 128GB LTE – RM2,399

Aksesori
Apple Pencil – RM419
Smart Keyboard – RM649
Smart Cover – RM229
Lightning Digital AV Adapter – RM229
Lightning to SD Card reader – RM149
Lightning to USB 3 Camera Adapter – RM189

Jika anda berminat untuk membelinya, ia boleh didapati menerusi Stor Online Apple Malaysia serta dari pengedar sah Apple di seluruh Malaysia seperti  Machines dan Switch.

Tags: appleApple iPadipad
Najib

Najib

POPULAR

iPad terbaru yang menyokong Pencil dan Keyboard telah tiba di Malaysia

iPad terbaru yang menyokong Pencil dan Keyboard telah tiba di Malaysia

10 October 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN