fbpx

Apple Buang APP Peta Hong Kong Daripada AppStore

Selepas dikesan membuang bendera Taiwan daripada papan kekunci iPhone mereka, Apple kali ini telah membuang aplikasi HKmap.live daripada App Store.

APP ini adalah aplikasi pemetaan crowdsource yang digunakan oleh warga Hong Kong untuk mengetahui keadaan sekitar negara itu. Ia sangat berguna lebih-lebih lagi dalam protes yang sedang berlaku di sana. Mereka boleh mengenal pasti lokasi yang berbahaya dan perlu dielakkan terutamanya jika anda seorang pelancong yang sedang melawat negara itu.

Namun, daripada kaca mata Apple, ia dipercayai disalah guna dan mungin boleh menggugat keselamatan awam. Dalam satu emel yang diutuskan CEO Tim Cook kepada staf-staf Apple, beliau mengatakan yang pihak Hong Kong Cybersecurity and Technology Crime Bureau telah berkongsi maklumat yang utuh bahawa APP itu digunakan peserta protes untuk mengenal pasti individu yang ingin diserang. Sungguhpun begitu, sehingga kini ia cumalah maklumat dan insiden yang didakwa mereka itu tidak pula berlaku.

Tindakan Apple itu menerima kritikan daripada beberapa pihak yang mengatakan Apple tak berlaku adil terhadap penggunanya. Ini bukanlah kali pertama HKmap.live diturunkan daripada AppStore. Awal bulan ini, HKmap.live diturunkan untuk beberapa hari tapi Apple katakan ia cumalah satu ralat.

Tidak boleh diakses melalui APP, tapi HKmap.live ada dalam versi browser ataupun Android.

BACA  Muat turun kemaskini iOS 13.2.2 untuk baiki keupayaan berbilang tingkap aplikasi