• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Belanjawan 2020: Pemansuhan Tol masih di peringkat cadangan

  • OLEH Najib
  • 8:25 pm
  • 11/10/2019
  • Komen
PLUS akan teruskan Program RFID walau dihalang CIMB
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihanaraya 2018 ialah menghapuskan tol. Usaha ke arah itu telah berjalan di mana cadangan pengambilalihan tol secara berperingkat telah dibentangkan awal tahun ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2020 hari ini, kerajaan masih dalam perbincangan untuk menimbangkan kesemua cadangan, termasuk daripada Khazanah Nasional Berhad mengambil alih atau melupuskan semua saham PLUS Malaysia Berhad. Sasaran awal ialah untuk membolehkan rakyat menikmati diskaun sebanyak 18% secara purata di semua lebuhraya milik PLUS.



Diskaun tol sebanyak 18 peratus ini akan memberikan penjimatan kepada pengguna lebuh raya tersebut sehingga RM1,130 juta pada tahun 2020, dan RM43 bilion sepanjang baki tempoh konsesi sehingga 2038.

PLUS ketika ini mengendalikan Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuh Raya Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang.



Dalam keputusan lain, jemaah menteri telah bersetuju meluluskan pengambilalihan empat lebuh raya di Lembah Klang iaitu:

  1. Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
  2. Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP)
  3. Lebuh Raya Sprint (SPRINT)
  4. Terowong SMART (SMART)

Bagaimanapun kerajaan tidak akan menghapuskan tol secara terus. Caj kesesakan waktu puncak dan waktu biasa akan diperkenalkan. Tol percuma atau tiada caj akan dikenakan semasa waktu bukan puncak. Konsesi sedia ada tidak akan dilanjutkan dan akan tamat mengikut perjanjian konsesi sedia ada.

Menteri menerangkan, pengambilalihan lebuh raya ini tidak akan membebankan Kerajaan kerana kos pembiayaan, operasi dan penyelenggaraan akan dibiayai sepenuhnya melalui kutipan tol dan caj kesesakan. Ia tidak memerlukan peruntukan daripada Kerajaan pada masa hadapan.

Satu-satunya perkara yang pasti tentang tol dalam belanjawan kali ini ialah Jambatan Kedua Pulau Pinang. Mulai 1 Januari 2020, kadar tol kereta persendirian di jambatan ini akan dikurangkan kepada RM7, sama seperti kadar di Jambatan Pertama Pulau Pinang.

Tags: Belanjawan 2020plusTOL
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
PLUS akan teruskan Program RFID walau dihalang CIMB

Belanjawan 2020: Pemansuhan Tol masih di peringkat cadangan

11 Oktober 2019
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER