fbpx

Ini peluang kedua nak beli Samsung Galaxy Fold yang habis ditempah minggu lepas

Mungkin terdapat permintaan tinggi di Malaysia, membuatkan tempahan awal Samsung Galaxy Fold habis stok minggu lepas. Jika anda masih berminat untuk membelinya, Samsung Malaysia akan membuka jualan kali kedua minggu ini.

Jualan kali kedua Samsung Galaxy Fold akan diadakan pada 18 Oktober 2019 dan boleh didapati di Stor Samsung Experience terpilih di seluruh Malaysia. Menurut Samsung Malaysia, unit jualan kali ini juga terhad, jadi siapa yang cepat datang dia dapat beli.

Semua pembelian Galaxy Fold akan datang perkhidmatan VIP, Galaxy Fold Premier Service berupa:

  • Pakej perlindungan skrin dalaman selama 1 tahun
  • Talian bantuan 24/7
  • Penghantaran terus ke pintu
  • Kaunter keutamaan ekspress

Galaxy Fold merupakan telefon pintar pertama Samsung dengan skrin boleh lipat. Ia dibekalkan RAM sebanyak 12GB dan storan UFS 3.0 seluas 512GB. Harga jualan rasminya di Malaysia ialah RM8,388 dan boleh dipilih antara dua warna, Space Silver dan Cosmos Black.

Kenali Samsung Galaxy Fold dengan lebih lanjut dalam artikel kami di bawah ini.

BACA  PROMO: Terima hadiah percuma dengan membeli telefon pintar Huawei