Artkel ini dibawakan kepada anda oleh realme
Siri realme 5 diumumkan untuk pasaran Malaysia pada 3 Oktober 2019. Dalam siri ini, kita ada dua varian telefon, satu realme 5 dan satu lagi realme 5 Pro. Jika realme 5 dinobatkan sebagai Quad Camera PowerHero, realme 5 Pro pula digelar Quadcamera SpeedMaster.
Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi teknikal realme 5 Pro, anda boleh baca artikel buka kotak dan hands-on kami di bawah:
Apa yang bagus sangat dengan Quadcamera SpeedMaster? Artikel ini akan membongkarkan segala-gala yang anda perlu tahu tengan pengimejan pada realme 5 Pro.
Jabatan Pengimejan realme 5 Pro
Realme 5 Pro dilengkapi empat kamera belakang, masing-masing ada kegunaan yang khusus. Sebab itulah ia versatil dalam apa jua keadaan.
Kita pergi kepada kamera utamanya terlebih dulu. Realme mengenakan sensor Sony IMX586 untuk memungkinkannya menangkap gambar beresolusi setinggi 48MP.
Amat mengagumkan jika difikirkan sensor sekecil 1/2″ ini miliki keupayaan sebegitu. Untuk perbandingan, kamera jenis mirrorless yang ada sensor beresolusi hampir setara iaitu Nikon Z7 (46MP) dijual pada harga RM14,688 sedangkan realme 5 Pro miliki tanda harga bermula RM1,099.
Ada beberapa manfaat yang boleh dinikmati realme 5 Pro daripada sensor IMX586 ini.
Yang pertama adalah komponen sensor IMX586 ini sangat kompak walaupun atasnya ada 48 juta bintil piksel. Oleh sebab sensornya yang kompak, ia hanya mengambil sebahagian kecil ruang dalam badan realme 5 Pro. Ia penting kerana ruang terhad dalam badan telefon perlu dikongsikan dengan tiga buah kamera yang lain.
Fizikaliti sensor yang kompak ini dimungkinkan dengan teknologi sensor berlapis proprietari Sony dan ia sensor pertama dunia dengan 48 juta efektif piksel sebesar 0.8 mikron setiap satunya.
Manfaat kedua adalah kamera realme 5 Pro cemerlang dalam dua dunia, gelap mahupun cerah. Bergantung kepada keadaan cahaya, sistem kamera realme 5 Pro boleh mengawal selia saiz piksel mengikut kesesuaian. Dalam cahaya yang cukup, kesemua 48 juta piksel memungut gambar secara individu bagi hasilkan gambar yang tajam.
Namun, dalam cahaya terhad, empat piksel sebelah menyebelah bergabung daripada 0.8 mikron jadi 1.6 mikron. Jadi, keupayaan memungut cahaya meningkat empat kali ganda agar gambar malam anda lebih cerah walaupun diambil dalam keadaan gelap.
Kamera 48MP tadi diguna untuk kegunaan biasa. Tapi jika ada situasi khusus, realme 5 Pro ada tiga lagi kamera untuk membantu anda. Kamera yang pertama adalah yang ada sudut pandang lebar seluas 119 darjah. Sudah tentu ia sangat sesuai untuk genre landskap agar lebih banyak subjek dimuatkan. Untuk perspektif, berikut adalah perbezaan sudut pandang merentasi jarak fokal pada realme 5 Pro.
Dua kamera belakang terakhir realme 5 Pro masing-masing ada sensor 2MP tapi satu digunakan untuk gambar superdekat (makro) dan satu lagi untuk potret.
Dimulakan dengan keuapayaan makro realme 5 Pro, anda boleh menangkap gambar subjek sehampir 4cm untuk utusan Instagram yang lebih unik.
Satu tips ingin saya kongsikan apabila mengambil gambar ultra macro adalah mengaktifkan Fill Light dalam ruangan tetapan telefon untuk menghidupkan lampu LED telefon. Ia bagi membasmi bayang-bayang telefon menyelaputi subjek dan merosakkan mahakarya yang sedang anda hasilkan.
Sekiranya anda dambakan gambar potret dengan latar belakang yang kabur ber-bokeh, biasanya anda perlukan kamera dengan jarak fokal yang panjang serta aperture yang luas. Tapi pada realme 5 Pro, ia menggunakan dua kamera serentak untuk capai hasil yang serupa.
Bagaimana dua kamera boleh hasilkan satu gambar? Pengkomputerannya anda boleh tinggalkan pada realme 5 Pro untuk lakukannya. Apa yang penting adalah hasil gambar yang anda terima adalah yang terbaik dan boleh terus dikongsikan di media sosial.
Sebelum terlupa, anda juga terima kamera selfie yang diperkasa sensor 16MP. Sama seperti kamera belakang, ada tetap boleh ambil gambar selfie dengan kesan bokeh yang lemak berkrim menggunakan kamera depan.
ColorOS bawa pengalaman kamera sedarjat lebih tinggi
Kelengkapan kamera yang mantap tak berguna jika keupayaannya tak diperah sepenuhnya. Oleh sebab itu, aplikasi kamera pada realme 5 Pro perlu mesra pengguna disamping dioptimumkan sebaiknya.
Di realme 5 Pro, APP Camera di ColorOS 6 ada antara muka (UI) yang mudah diteroka. Tetapan disusun dekan kemas di lokasi yang sepatutnya.
Untuk menambah seri gambar, realme menyuntik ciri Chroma Boost yang jadikan warna gambar lebih menyerlah. Kalau anda rasamalas nak sunting gambar selepas diambil, dalam APP kamera realme sendiri ada filter yang boleh digunakan. Bukan satu jenis, tapi ada sepuluh jenis yang boleh anda gunakan.
Selain itu, anda juga terima ciri-ciri tambahan seperti panorama, nightscape, dan juga time-lapse jika anda ingin jadi lebih kreatif. Untuk yang lebih pakar, ada juga anda boleh gunakan mode Expert yang berikan lebih banyak kawalan seperti jarak fokal, white balance, exposure, dan sebagainya.
Anda berminat dapatkan sebuah realme 5 Pro Quad Camera SpeedMaster?
Realme 5 Pro sudahpun dijual di Malaysia pada harga RM1,099. Padanya anda terima telefon yang diperkasa Snapdragon 712, RAM 8GB dan storan 128GB. Ia nyata ditambah baik berbanding realme 3 Pro tempoh hari.
Ia ada SoC yang lebih baik, kamera lebih baik, dan buat pertama kalinya ia hadir dengan RAM setinggi 8GB. Cuba anda bayangkan, sewaktu realme 3 Pro diumumkan, pada RM1,099 anda hanya terima RAM 6GB sahaja sedangkan pada harga yang sama kali ini, anda dapat 2GB RAM tambahan yang sangat dialu-alukan.