• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tahukah Anda Yang Pixel 4 Tak Sokong Rakaman 4K@60?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:43 am
  • 21/10/2019
  • Komen
Tahukah Anda Yang Pixel 4 Tak Sokong Rakaman 4K@60?
Share on FacebookShare on Twitter

Flagship Pixel kali ini banyak cacatnya. Pertama, dalam tahun 2019, ia masih ada bateri kurang daripada 3,000mAh untuk model Pixel 4. Untuk perbandingan, Pixel 3 yang fizikalitinya lebih kecil, ada bateri lebih besar daripadanya. Kemudian, Google memberhentikan pemberian storan Google Drive percuma untuk menyimpan gambar dalam resolusi asal kepada pemilik Pixel 4.

Ada lagi?



Tentulah. Sudahlah kekal dengan konfigurasi dwikamera belakang sedangkan yang lain dah ada sekurang-kurangnya tiga kamera belakang. Pixel 4 hanya mampu rakan video 4K dalam kadar bingkai 30 saja. Untuk perbandingan, Mi 9 yang ada dalam tangan saya ini pun boleh pergi sampai 60fps pada resolusi UHD itu.

Yikes the #GooglePixel4 doesn't do 4k 60fps video. What's up with that @madebygoogle

— Stanzilla (@stanzillaz) October 20, 2019

Ada yang bertanyakan pada Google kenapa mereka sengaja mencacatkan telefon mereka sedangkan Snapdragon 855 bukanlah SoC yang lemah. Mereka menjawab yang mereka memberi fokus pada FHD kerana kebanyakan pengguna rakam video dalam resolusi 1080p dan tambahan pula, seminit video 4K@60fps boleh menelan sehingga 500MB.



https://www.youtube.com/watch?v=_F7YRde8DuE

Ia membawa kepada satu lagi kelemahan Pixel 4. Kenapa masih hadir dengan storan 64GB?

Saya tak pelik pun Google meletakkan had sebegitu pada telefon mereka. Lihat saja pada kapasiti bateri. Telefon mungkin habis tenaga terlebih dahulu sebelum ruang storan.

Pixel 4 dijual di A.S. pada harga seperti berikut:

  • Pixel 4 – USD800 (RM3,347)
  • Pixel 4 XL – USD900 (RM3,765)
Tags: Googlegoogle pixelgoogle pixel 4google pixel 4 xl
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Tahukah Anda Yang Pixel 4 Tak Sokong Rakaman 4K@60?

Tahukah Anda Yang Pixel 4 Tak Sokong Rakaman 4K@60?

21 October 2019
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN