Netflix lancar pelan termurah di Malaysia, dari RM17 sebulan

Berita baik buat peminat Netflix di Malaysia. Hari ini Netflix melancarkan pelan yang lebih murah dari pelan sedia ada, hanya RM17/bulan untuk menonton semua kandungan filem, drama, dokumentari dan banyak lagi di dalam pustaka Netflix.

Dengan harga yang rendah, bermakna ada kekurangan padanya. Pelan Basic RM17/bulan ini ialah pelan mudahalih. Ia hanya boleh ditonton melalui aplikasi mudahalih di Android dan iOS sahaja. Tidak boleh di TV pintar komputer mahupun di-cast ke TV.

Pelan ini juga hanya membenarkan satu tontonan dalam satu masa, tetapi tiada halangan mendaftar masuk di pelbagai peranti. Cuma, hanya satu yang boleh menonton dalam satu masa.

Pelanggan pelan ini juga hanya boleh menonton dengan kualiti SD (standard definition) sahaja. Tiada HD, tiada juga Ultra HD.

Yang baiknya, pelan ini masih membenarkan pengguna memuat turun kandungan yang mahu ditonton terlebih dahulu. Kandungan ini boleh ditonton bila-bila masa tanpa sambungan internet. Contohnya di dalam pesawat di atas langit.

Selain pelan Basic, pengguna boleh melanggan pelan lebih mahal untuk akses ke kualiti lebih tinggi, serta tontonan serentak di lebih peranti. Pengguna Netflix sedia ada juga boleh menukar pelan ke Basic jika mahu.

Layari laman web www.netflix.com untuk mula mendaftar dan menontonnya secara percuma selama 30-hari. Dapatkan juga aplikasi mudahalih Netflix dari Apple Appstore atau Google Playstore.

BACA  Netflix Kini Gunakan Kurang Data Internet Untuk Strim Video Kegemaran Anda