fbpx

PROMO: Terima hadiah percuma dengan membeli telefon pintar Huawei

Pembelian telefon pintar Huawei kini lebih menarik kerana datang dengan hadiah percuma. Sempena Hari Halloween, Huawei Malaysia kini menawarkan hadiah buat pembelian telefon pintar Huawei yang terpilih.

Dari hari ini, 25 Oktober sehingga 3 November 2019, pembeli telefon pintar Huawei Nova 5T, siri P30, Nova 4E dan juga Y9 Prime, akan menerima hadiah percuma bersama telefon pintar Huawei yang dibeli. Tawaran ini boleh didapati di Stor Huawei yang menyertai.

Hadiah percuma yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Huawei P30 (RM2,299) – percuma Huawei Band 3
  • Huawei P30 Pro 256GB (RM3,399) – percuma Huawei Band 3
  • Huawei P30 Pro 512GB (RM3,899) – percuma Huawei Band 3
  • Huawei Nova 5T (RM1,599) – percuma kad Tealive bernilai RM20
  • Huawei Nova 4e (RM999) – percuma penyedut mesra alam
  • Huawei Y9 Prime 2019 (RM899) – percuma penyedut mesra alam

Dalam promosi Hualloween ini, tiada diskaun atau penurunan harga untuk telefon pintar, hanya hadiah percuma. Berbeza dengan Honor yang menawarkan diskaun RM300 untuk pembelian Honor 20 dan Honor 20 Pro. Maklumat lanjut tentang promosi ini boleh disemak di ruang terma dan syarat.

Selain itu, pembeli siri P30 dan Nova 5T juga boleh mendapatkan jaminan tahun ke-2 secara percuma, dengan syarat mendaftarnya dalam masa 7 hari selepas pembelian. Jaminan tambahan ini boleh ditebus menerusi aplikasi HiCare di dalam telefon pintar.

Sumber: Huawei

BACA  Beli Huawei Mate 30 dan terima Huawei P30 secara percuma dengan Celcom