fbpx

Xiaomi akan lancar jam pintar yang sangat mirip Apple Watch

Xiaomi China telah menetapkan tarikh 5 November 2019 untuk melancarkan telefon pintar Mi CC9 Pro. Selain telefon pintar, Xiaomi juga akan melancarkan satu aksesori baru, sebuah jam pintar.

Jam pintar pertama Xiaomi ini akan dikenali sebagai Xiaomi Watch dan rekaannya kelihatan sangat mirip dengan jam pintar Apple Watch. Ia memiliki muka jam berbentuk segi empat serta butang dail dan butang fizikal di sisi.

Beberapa gambar Xiaomi Watch telah dikongsikan di laman weibo. Ia dilihat boleh berfungsi sendiri tanpa sambungan ke telefon pintar. Kuasa pemprosesnya menggunakan cip Qualcomm Snapdragon Wear 3100 dengan sokongan rangkaian 4G LTE menggunakan eSIM.

Sebagai jam pintar, Xiaomi Watch dilengkapi sambungan seperti WiFi, Bluetooth, GPS serta fungsi panggilan suara. Ia juga dikatakan memiliki jangka hayat bateri yang sangat panjang serta motor linear untuk getaran haptik. Sistem operasi Google Wear OS dikatakan akan digunakan jam ini.

Menurut Lei Jun, jam pintar baru ini akan datang dalam dua warna: hitam dan perak. Harganya pasti akan diumumkan pada majlis pelancaran kelak dan dijangka jauh lebih murah dari Apple Watch.

Sumber: Weibo

BACA  Redmi K30 dengan 5G tiba, naik taraf di sini turun taraf di sana