• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Celcom tawar iPhone 11 dan banyak telefon lain berharga RM11 selama 11 hari

  • OLEH Najib
  • 5:28 pm
  • 01/11/2019
  • Komen
PROMO: Celcom tawar iPhone 11 dan banyak telefon lain berharga RM11 selama 11 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula dari 1 hingga 11 November 2019, Celcom menawarkan tawaran menarik selama 11 hari dalam bentuk rebat dan diskaun pembelian telefon pintar. Paling menarik, 11 unit telefon pintar iPhone 11 akan dijual pada harga RM11 sahaja, untuk pembeli bertuah.

Untuk berpeluang membeli iPhone 11 pada harga RM11, pengguna perlu mendaftar mana-mana pelan pascabayar Celcom Mobile, atau membeli mana-mana telefon pintar menerusi program EasyPhone atau Jualan Kilat Peranti RM11, hanya di kedai dalam talian Celcom. Semasa checkout, masukkan kod promo IPHONE11 untuk melayakkan diri dalam cabutan bertuah membeli iPhone 11 pada harga RM11.



Seorang pembeli bertuah akan dipilih setiap hari dari 1 hingga 11 November dan jika mereka terpilih untuk membeli iPhone 11 pada harga RM11, mereka akan dihubungi menerusi telefon dan emel. 3 soalan mudah akan ditanya untuk pengesahan dan jika menjawabnya dengan betul, mereka akan dipilih sebagai pelanggan bertuah.

Selain iPhone 11 berharga RM11, Celcom turut membuka jualan kilat untuk peranti terpilih pada harga RM11. Beberapa model telefon disenaraikan dan ia perlu didaftarkan bersama pelan pascabayar Xpax atau Celcom dengan kontrak selama 24 bulan.



Berikut ialah telefon pintar yang ditawarkan pada harga RM11 bersama pelan yang harus didaftarkan

Tawaran RM11 ini disediakan dalam unit terhad, dan dibuka pada waktu terhad juga dari 11 pagi hingga 2 petang setiap hari, dari 1 hingga 11 November 2019. Harus tiba tepat pada masanya dan cepat dapatkannya di kedai dalam talian Celcom. Jangan lupa masukkan kod promo IPHONE11 semasa checkout untuk peluang membeli iPhone 11 pada harga RM11.

Seterusnya ialah promosi khas Celcom di Lazada. Orang ramai boleh menikmati diskaun untuk pass M atau L bagi pascabayar XP Lite menerusi Pek Baucer Mega Lazada 11.11. Pek ini akan dijual dari 4 hingga 14 November 2019 di Lazada dan baucer XP Lite boleh digunakan selewatnya pada 30 November 2019.

Maklumat lanjut tentang promosi Celcom 11.11 ini boleh didapati di laman web www.celcom.com.my. Semak terma dan syarat menerusi soalan lazim FAQ di sini.

Tags: celcomiphone 11
Najib

Najib

POPULAR

PROMO: Celcom tawar iPhone 11 dan banyak telefon lain berharga RM11 selama 11 hari

PROMO: Celcom tawar iPhone 11 dan banyak telefon lain berharga RM11 selama 11 hari

1 November 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN