• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ramai pengguna Celcom kesal Video Walla 100GB tidak lagi percuma

  • OLEH Najib
  • 4:26 pm
  • 04/11/2019
  • Komen
Ramai pengguna Celcom kesal Video Walla 100GB tidak lagi percuma
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 2019/11/05 11.00AM: Celcom telah mengemaskini jadual pelan pascabayar Celcom Mobile dengan menyatakan Video Walla percuma hanya 12 bulan

KEMASKINI: Laman Celcom pada 5/11 dikemaskini dengan Video Walla percuma selama 12 bulan sahaja

Ramai pelanggan yang telah lama menggunakan pascabayar Celcom, terkejut apabila baru-baru ini menerima SMS yang menyatakan data Video Walla percuma mereka telah tamat pada 31 Oktober 2019. Bermula 1 November, tiada lagi data Video Walla percuma untuk mereka.



Dari laman web Celcom, pelan pascabayar Celcom memberikan 30GB Video Walla percuma untuk pelan Gold RM80, dan 100GB Video Walla percuma untuk pelan Gold Plus dan ke atas.

Pelan Pascbayar Celcom Mobile

Lebih dahsyat lagi, Celcom memberikan 1TB Video Walla untuk pelanggan pelan pascabayar Celcom Family. Ia diberikan kepada semua peringkat pengguna Celcom Family, dari pelan Gold sehinggalah Platinum Plus.



Pelan Pascbayar Celcom Mobile Family

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil terutamanya, tawaran Video Walla yang banyak ini merupakan tarikan utama kerana anak kecil mereka sangat suka menonton YouTube dan strim video sepanjang masa, membuatkan data habis begitu cepat. Tetapi dengan tawaran Video Walla 100GB dan 1TB percuma, sudah pasti tidak perlu lagi risau kehabisan data.

Kerana Video Walla percuma inilah, ramai yang melanggan pelan pascabayar Celcom Mobile. Sehinggalah pada 30 Oktober, mereka menerima SMS yang menyatakan mereka tidak lagi layak menerima Video Walla percuma.

So after this no more Video WALLA from @Celcom . I guess i’m changing telco after my contract expires.

— Ikhwan Juhari (@IkhwanJuhari1) October 31, 2019

Just received a SMS from celcom saying that my free video walla will be expired tonight. A year ago when i subscribed to this plan, no one ever mentioned that this thing only valid for 12-months only. I feel cheated. Bro is sad #scammed

— Farhan (@farhanhsrn) October 31, 2019
https://twitter.com/iIhamsuhaimi/status/1189941193502683137

Ramai yang merasa tertipu dengan Celcom kerana menyangkakan tawaran Video Walla ini adalah selama-lamanya percuma. Sebenarnya tidak.

Celcom semasa memperkenalkan pelan pascabayar baru Celcom Mobile pada Oktober 2017, menyatakan dengan jelas bahawa pelan pascabyar Celcom akan datang dengan Video Walla percuma selama 12 bulan sahaja. Tetapi selepas beberapa kemaskini pada laman web mereka, Celcom tidak lagi menyatakan Video Walla adalah percuma untuk 12 bulan di laman utama.

Pelan Celcom Mobile pada Oktober 2017

Sebaliknya di laman utama pelan pascabayar dan pelan Celcom Family, Video Walla percuma itu dikatakan percuma. Tiada bintang kecil mahupun tanda pagar atau nota kaki. Tetapi jika pengguna pergi ruangan soalan lazim FAQ dan pergi hingga ke ruangan terbawah, barulah ternampak persoalan Free Video Walla dan diterangkan ianya percuma selama 12 bulan sahaja.

Perkara tentang percuma selama 12 bulan ini mungkin tidak ramai yang tahu. Jika hanya melihat pada laman utama pelan pascabayar Celcom Mobile, tidak akan kelihatan ia hanya percuma selama 12 bulan. Apatah lagi jika yang pergi ke Pusat Servis Celcom atau Bluecube, mungkin tidak dimaklumkan tentang tempoh percuma ini.

Ianya terjadi kepada salah seorang rakan kami di SoyaCincau. Amin baru-baru ini bertukar dari talian Maxis ke Celcom dan melanggan pelan Celcom Family. Beliau melihat di laman web dan tertarik dengan tawaran Video Walla 1TB. Kemudian beliau menghubungi Celcom Careline untuk maklumat lanjut dan diminta pergi ke BlueCube berdekatan untuk urusan pemindahan. Sehingga semuanya selesai, beliau tidak dimaklumkan langsung oleh Celcom tentang Video Walla percuma selama 12 bulan sahaja.

Samada perkara ini disengajakan atau tidak, Celcom sepatutnya menjelaskan tawaran mereka di laman utama. Mereka telah berbuat demikian dahulu tetapi telah membuangnya kemudian. Perkara ini seperti cubaan untuk mengelirukan pengguna dan boleh dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk dikenakan tindakan.

Semoga ia boleh membuka mata Celcom dan syarikat telekomunikasi yang lain agar tidak lagi cuba bersembunyi dengan tawaran yang mahu diberikan kepada pengguna.

Tags: celcomvideo walla
Najib

Najib

POPULAR

Ramai pengguna Celcom kesal Video Walla 100GB tidak lagi percuma

Ramai pengguna Celcom kesal Video Walla 100GB tidak lagi percuma

4 November 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER