Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Todak.
Level Up Play KL 2019 telah berlangsung minggu sudah dan ia menghimpunkan peminat permainan digital seluruh negara dan juga serantau. Ia adalah peluang baik yang boleh digunakan untuk bertemu dengan rakan-rakan gamers anda jika selama ini hanya berkomunikasi di ruang maya.
Ada banyak aktiviti berlangsung sepanjang ekspo tersebut. Kami sempat untuk lakukan tinjuan di sana untuk merasai sendiri kehangatan ekspo permainan digital terbesar di Malaysia itu.
Berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center, ia mengambil 4 ruang pameran yang luas dan ada banyak organisasi yang terlibat untuk menjayakannya. Salah seorang daripada penganjurnya adalah Todak.
Untuk yang masih baru, Todak adalah jenama yang tak asing dalam dunia permainan. Mereka ada pasukan Mobile Legends (MLBB) yang sedang bertarung dalam M1, kejohanan sedunia Mobile Legends yang berlangsung di Kuala Lumpur sehingga 17 November 2019 ini.
Tapi Todak lebih tersohor dengan kerusi gaming. Ada dua model yang boleh dipilih anda iaitu:
Selain kerusi gaming, Todak turut mempamerkan beberapa produk lain yang akan diumumkan menjelang 2020 nanti. Ia adalah seluruh keluarga aksesori gaming dariapda papan kekunci hinggalah headfon.
Hikayat Series kini sedang dipersiap Todak Gaming untuk diperkenalkan tak lama lagi. Hikayat Series terdiri daripada:
- Todak Mahawangsa – Papan Kekunci
- Todak Permaidani – Alas Tetikus
- Todak Marakarma – Headset
- Todak Mahsuri – Tetikus Optikal
- Todak Dang Anum – Tetikus Optikal
Nama-nama yang digunakan untuk merujuk produk ini adalah unik jika anda amati. Ia menggunakan nama-nama karakter klasik kecuali alas tetikus yang terus gunakan terjemahan carpet dariapda bahasa Inggeris. Spesifikasi khusus setiap produk ini masih belum ada dan untuk itu, kita perlu tunggu pelancaran rasminya kelak.
Itu cerita berkaitan aksesori. Di reruai todak juga ada menayangkan produk pakaian mereka dan yang paling jadi tumpuan adalah permainan ToGather:Island, hasil tangan bersama Todak Studios dan Studio Kamii. Ia adalah permainan bergenre survival seperti Minecraft dan ia 100% buatan Malaysia.
Selain Todak, ada beberapa pembangun lain yang turut menayangkan buah tangan mereka di Level Up Play KL 2019. Antaranya adalah GigaBash, permainan party yang sangat menarik. Sehingga empat pemain boleh bertarung sesama sendiri apabila mengambil peranan sebagai raksasa di tengah-tengah bandar besar.
Re:Legend juga membuka reruai mereka berhampiran Todak. Ia adalah permainan simuasli dalam talian yang mengambil inspirasi JRPG. Ia menggabungkan aspek permainan Harvest Moon dan Monster Rancher disamping ada sentuhan kandungan tempatan.
Saudara Wan Hazmer tidak asing lagi dalam industri permainan digital tempatan. Dia turut mempamerkan No Straight Road daripada studio Metronomik. Permainan bertemakan muzik adventure ini agak unik kerana mendapat sentuhan pereka grafik Street Fighter V, Daim Dziauddin.
Jika anda perlukan sesuatu yang lebih santai, Streamline Studios ada Bake ‘n Switch, permaianan yang mengajar anda cara untuk membuat roti. Jika and pernah main Overcooked daripada Team51, anda tentu akan biasa dengan game ini.
Peminat anime dan cosplay turut berpeluang menyaksikan beberapa cosplayer terkenal lakukan penampilan di sekitar ruang pameran. Kita ada YingTze yang jadikan reruai kosong terus melimpah dengan pengunjung dan begitu juga dengan Tomia di reruai Re:Legend.
Marvel Comics juga berkongsi keriangan mereka menyambut ulang tahun ke 80 dengan pelbagai produk menarik seperti figurine dan merchandise lain. Peminat permainan kad juga tak ketinggalan mengadakan pertandingan.
Itu adalah rangkuman ringkas kami di Level Up Play KL 2019. Ia adalah ekso yang menarik yang melibatkan peminat dan juga pengeluar. Anda berada di sana juga? Cuba kongsikan apa yang menarik melalui kaca mata anda.