• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kuasa kamera terhebat Xiaomi CC9 Pro boleh mula dinikmati di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:31 pm
  • 18/11/2019
  • Komen
Xiaomi CC9 Pro tampil dengan gabungan lima kamera berkuasa 108MP pertama di dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat Xiaomi, pastinya anda telah mendengar berita tentang pelancaran telefon pintar Xiaomi CC9 Pro di China sebelum ini. Ia dilengkapi 5 kamera belakang, bersama kamera utama 108MP dan diberikan markah tertinggi untuk kamera telefon pintar oleh DxOMark, setaraf dengan Huawei Mate 30 Pro dan lebih tinggi dari iPhone 11 Pro Max serta Samsung Galaxy Note 10+.

Jika anda tidak sabar untuk memilikinya, set import Xiaomi CC9 Pro telah dikesan mula dijual di Malaysia. Salah satu daripada penjualnya ialah Mobile 2 Go.



Mobile 2 Go kini telah memiliki stok Xiaomi CC9 Pro, bermakna anda boleh pergi ke kedai mereka dan terus membelinya. Ia dijual pada harga RM2,188 dan memiliki RAM 8GB serta storan 128GB. Terdapat tiga pilihan warna iaitu hijau, putih dan hitam.

Jika anda masih belum kenal, kuasa pemproses Xiaomi CC9 Pro digerakkan oleh cip Snapdragon 730G, terbaik untuk kelas pertengahan. Skrinnya dari jenis AMOLED berukuran 6.47-inci, dengan resolusi HD Penuh serta bertakuk kecil di dahinya. Pengimbas capjari terletak di dalam skrin AMOLEDnya.



Tenaganya dipacu oleh bateri besar 5,260mAh yang berpasangan dengan pengecas pantas 30W melalui USB-C PD. Pembesar suara di peranti ini hanya mono, terletak di bawah telefon. Tetapi ia masih mengekalkan jek audio 3.5mm serta ada pemancar infra merah.

Lima kamera belakang di Xiaomi CC9 Pro ialah kamera utama 108MP F1.69 dengan penstabil imej optikal 4-paksi. Bersama dengannya dwi kamera telefoto, iaitu kamera ultra telefoto 8MP F2.0 berkeupayaan 10x zum hibrid dan 50x zum digital serta OIS. Kamera telefoto kedua ialah kamera potret 12MP F2.0 berkeupayaan 2x zum optikal. Kamera keempat ialah kamera ultra lebar 20MP F2.2 dan akhir sekali ialah kamera makro dengan autofokus yang boleh merakam dari jarak 2 – 10cm.

Kamera hadapannya pula menggunakan sensor 32MP F2.0 dengan teknologi QuadBayer, menggabungkan 4 piksel berhampiran kepada satu piksel 8MP untuk gambar yang lebih cerah.

Jika anda boleh tunggu, set rasmi Xiaomi CC9 Pro atau nama globalnya Mi Note 10 dijangka akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Masih tiada khabar dari Xiaomi Malaysia tetapi ia telah ditemui lulus pengiktirafan SIRIM. Bermakna ia sedia digunakan dan dijual di Malaysia.

Tags: Mobile 2 Goxiaomi cc9 pro
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi CC9 Pro tampil dengan gabungan lima kamera berkuasa 108MP pertama di dunia

Kuasa kamera terhebat Xiaomi CC9 Pro boleh mula dinikmati di Malaysia

18 November 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN