fbpx

Oppo Reno 10x zoom kembali menyengat dengan prestasi lebih hebat

Oppo Reno 10x Zoom membuat kemunculan awal tahun ini dengan menawarkan kamera berkeupayaan zum optikal lebih panjang dari telefon lain. Ia berupaya menangkap gambar dengan 10x zum hibrid tanpa menjejaskan kualiti dan sehingga 60x zum digital.

Oppo Malaysia kini mengumumkan mereka akan membawa Oppo Reno 10x Zoom dengan kelengkapan baru, iaitu RAM lebih besar 12GB berbanding 8GB pada model sebelumnya. Selain dari RAM, ia masih mengekalkan perkakas yang sama seperti pemproses Snadpragon 855, storan dalaman 256GB, kamera utama 48MP serta kamera hadapan 16MP di dalam modul pop-up berbentuk sirip jerung.

Model terbaru Oppo Reno 10x Zoom 12GB ini akan diperkenalkan semasa pembukaan stor flagship pertama Oppo di The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada 30 Disember 2019. Majlis pembukaan stor ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti seperti Zul Ariffin and Joey Chua selain menyediakan tawaran dan pakej menarik yang istimewa.

Harga jualan Oppo Reno 10x Zoom 12GB masih belum diketahui tetapi kita dapat mengganggarkan, ia akan terletak di atas harga RM2,999 kerana itu adalah tanda harga untuk Oppo Reno 10x Zoom 8GB sekarang.

Jika anda masih tidak berapa kenal, Oppo Reno 10x Zoom ialah telefon pintar dengan skrin AMOLED penuh tanpa takuk sebesar 6.65-inci. Bateri di dalamnya berkapasiti 4,065mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 20W melalui port USB-C.

Terdapat tiga kamera di belakang telefon ini iaitu kamera utama 48MP F1.7, kamera telefoto periskop 13MP F3.0 dan kamera ultra lebar 8MP F2.2.

BACA  Telefon 5G Pertama Honor Ada Specs Seperti Mate 30 Pro