• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo turunkan harga Reno dan Reno 10x zoom di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:12 pm
  • 11/11/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda meminati telefon pintar siri Reno dari Oppo, anda kini boleh membelinya lebih murah dari harga asalnya. Ia bukanlah promosi sempena 11.11 tetapi Oppo Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga untuk generasi pertana Oppo Reno dan Oppo Reno 10x Zoom.

Oppo Reno diturunkan harga sebanyak RM300 manakala Oppo Reno 10x Zoom menerima RM400 penurunan, menjadikan harga terkini seperti berikut:



  • Oppo Reno (RAM 6GB + storan 256GB) – RM1,999 RM1,699
  • Oppo Reno 10x Zoom (RAM 8GB + storan 256GB) – RM3,399 RM2,999

Tarikan siri Reno ialah kehebatan kameranya dengan kuasa zum yang lebih baik dari kebanyakan telefon pintar lain. Kedua-duanya juga memiliki skrin penuh tanpa takuk dan lubang kerana menggunakan modul pop-up sirip jerung untuk menyorokkan kamera hadapan.

Oppo Reno memiliki kuasa dalaman Snapdragon 710, bersama RAM 6GB dan storan dalaman mega 256GB. Baterinya 3,765mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 melalui USB-C.



Kamera belakangnya dwi-lensa, menggabungkan kamera utama 48MP F1.7 dan kamera pengesan kedalaman 5MP F2.4. Kamera hadapan pula 16MP F2.0 di dalam modul boleh disembunyikan.

Oppo Reno 10x Zoom pula dikuasakan cip Snadragon 855 di dalamnya, bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ia juga dipasang bateri lebih besar, berkapasiti 4,065mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 melalui sambungan USB-C.

Terdapat tiga kamera belakang di Reno 10x Zoom iaitu kamera utama 48MP F1.7, kamera telefoto periskop 13MP F3.0 dan kamera ultra lebar 8MP F2.2. Dengan kamera periskop, ia membolehkan Reno 10x Zoom memiliki zum lossless sehingga 10x dan zum digital sehingga 60x. Kamera hadapannya hanya 16MP F2.0 di dalam modul pop-up berbentuk sirip jerung.

Harga terbaru Oppo Reno dan Oppo Reno 10x Zoom boleh didapati bermula hari ini, 11 November 2019 di semua Stor Konsep Oppo, pengedar sah Oppo, Stor Online Oppo Malaysia serta di Lazada dan Shopee.

Tags: oppoOppo RenoOppo Reno 10x
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026

Oppo turunkan harga Reno dan Reno 10x zoom di Malaysia

11 November 2019
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN