• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Vivomove 3 Gabungkan Estetika Jam Analog Dengan Digital

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:31 pm
  • 21/11/2019
  • Komen
Garmin Vivomove 3 Gabungkan Estetika Jam Analog Dengan Digital
Share on FacebookShare on Twitter

Susah nak cari jam tangan yang ada rekaan minimalistik, tapi ada ciri berteknologi tinggi. Tapi di Garmin, mereka ada beberapa buah model yang mungkin memenuhi niche anda itu. Untuk pasaran Malaysia, mereka hari ini lancarkan dua buah jam tangan iaitu Vivomove 3/3S dan Vivomove Style.

Sekilas pandang, ia nampak macam jam biasa, dengan jarum jam dan minitnya. Tapi jika kaca peindung muka jam disentuh, rupa-rupanya ia ada paparan tersembunyi. Itulah yang digelar Garmin sebagai jam tangan pintar hibrid.



Paparan tersebut boleh memaparkan maklumat-maklumat seperti kadar denyutan nadi, tahap stress, cuaca, malah ia boleh paparkan mesej yang masuk ke telefon anda, jika ia ditambat pada telefon melalui sambungan Bluetooth. Namun, tak seperti Gaming Venu, jam tangan ini tiada sensor GPS sebaliknya data GPS perlu ditarik daripada telefon sekiranya ingin mendapatkan data lokasi. Jika tak, anda masih boleh gunakannya sebagai alat menjejak aktiviti biasa.

Vivomove 3/3S dan Vivomove Style berkongsi sebahagian besar ciri-ciri menjejak kecergasan kecuali pada beberapa bahagian. Vivomove 3/3S berbeza daripada segi saiz muka jam dengan Vivomove 3S ada muka jam sebesar 39mm menakala Vivomove 3 ada muka sebsar 44mm.



Vivomove style miliki saiz 42mm, antara Vivomove 3 dan 3S tapi paparan digitalnya adalah berwarna daripada jenis OLED sedangkan pada varian 3/3S hanya dikenakan panel LED monokrom. Vivomove Style mungkin lebih lasak disebabkan muka jamnya diliputi kaca Corning Gorilla Glass.

Pada sudut hayat bateri, kesemua jam ini boleh bertahan sehingga 5 hari lamanya dalam mode smartwatch tapi boleh dipanjangkan sehingga 12 hari dalam mode jam analog biasa. Kesemua jam tangan ini boleh dibeli barmula hari ini di pengedar sah Garmin seluruh negara pada harga seperti berikut:

  • Garmin Vivomove 3S – RM1,250
  • Garmin Vivomove 3 – RM1,250
  • Garmin Vivomove Style – RM1,499
  • Garmin Vivomove Style dengan tali Nylon – RM1,750
Tags: garmingarmin vivomove 3sgarmin vivomove stylegarming vivomove 3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Garmin Vivomove 3 Gabungkan Estetika Jam Analog Dengan Digital

Garmin Vivomove 3 Gabungkan Estetika Jam Analog Dengan Digital

21 November 2019
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN