• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 6 akan dilancar pada 5 Disember di China

  • OLEH Najib
  • 10:01 am
  • 21/11/2019
  • Komen
Huawei Nova 6 akan dilancar pada 5 Disember di China
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah mengumumkan akan mengadakan majlis pelancaran telefon pintar kelas pertengahan terbaru mereka, Huawei Nova 6 pada 5 Disember 2019 di China. Ia adalah telefon pintar pertama dari siri Nova dilengkapi rangkaian 5G.

Video pengenalan tentang Nova 6 turut dikongsi oleh Huawei. Dari video tersebut, kita dapat mengenalpasti bahawa Nova 6 akan dilengkapi dua kamera hadapan di dalam lubang, seperti yang terdapat di Samsung Galaxy S10+.



Bezanya, ia terletak di kiri bukan di kanan. Kamera depan ini juga boleh mempunyai sudut lebar 105-darjah untuk menangkap swafoto dengan lebih luas.

Jika diteliti dengan lebih dekat lagi, sisi kanan telefon ini hanya ada butang kawalan bunyi serta ruang tenggalam yang dipercayai adalah pengimbas capjari yang digabungkan dengan butang kuasa. Semua ini amat menyerupai telefon pintar Honor V30 yang akan dilancarkan pada 26 November.



Tiada pengesahan maklumat lain diberikan Huawei, tetapi khabar angin menyatakan Nova 6 akan memiliki kuasa pemproses Kirin 990, skrin IPS LCD 6.44-inci, bateri 4,000mAh bersama pengecas 40W serta tiga kamera belakang.

Sumber: GSMarena, weibo

Tags: HuaweiHuawei Nova 6
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Nova 6 akan dilancar pada 5 Disember di China

Huawei Nova 6 akan dilancar pada 5 Disember di China

21 November 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN