fbpx

Grab Mulakan Pendaftaran Untuk Yang Berminat Sertai GrabBike

Awal November yang lalu, kerajaan Malaysia sudahpun meluluskan lesen operasi sementara servis e-hailing motorsikal untuk pasaran Malaysia. Ia membolehkan mana-mana pihak yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan seperti ini menjalankan perkhidmatan percubaan selama 6 bulan mengikut syarat-syarat tertentu.

Antara yang terawal untuk menyahut tawaran ini adalah Grab yang sudahpun mulakan program merekrut kontraktor untuk servis GrabBike mereka. Daripada laman rasmi, mereka mengumumkan program GrabBike (Beta) untuk merintis servis e-hailing motorsikal dalam Malaysia. Grab menawarkan:

  • peluang pendapatan lebih (tempahan GrabBike (Beta) dan pesanan GrabFood
  • insentif khas untuk bulan pertama
  • jaket kontraktor dan topi keledar pembonceng percuma

Program tersebut dibuka sekarang hingga 2 Disember ini dan ia boleh dilakukan menerusi pautan ini. Berikut adalah syarat-syarat yang digariskan setakat ini oleh Kementerian Pengangkutan:

  • Lokasi penoperasian hanya dalam Lembah Klang.
  • Tempoh program rintis selama 6 bulan mulai Januari 2020.
  • Kontraktor miliki lesen motorsikal B ataupun B2.
  • Kontraktor berumur tidak kurang daripada 18 tahun
  • Hanya satu penumpang dibenarkan pada satu-satu masa dan umurnya tidak kurang daripada 18 tahun.
  • Kontraktor tidak disenaraihitamkan oleh JPJ ataupun PDRM
  • Motorsikal tidak berusia lebih 5 tahun daripada tarikh pendaftaran JPJ
  • Motorsikal didaftarkan secara sah dengan JPJ
  • Motorsikal tidak ada sebarang pengubahsuaian yang tak melepasi piawaian JPJ.
  • Kontraktor dan motorsikal miliki tanda perkhidmatan yang jelas.
BACA  e-Tunai Rakyat: GrabPay catat 6x lebih banyak pendaftaran dalam masa sehari e-Tunai Rakyat bermula