• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Y9s mula dijual minggu ini lengkap dengan semua aplikasi Google

  • OLEH Najib
  • 10:06 am
  • 26/11/2019
  • Komen
Huawei Y9s mula dijual minggu ini lengkap dengan semua aplikasi Google
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Y9s yang diberi petunjuk awal oleh Huawei Malaysia minggu lepas, kini disahkan akan dijual di Malaysia pada minggu ini. Dengan skrin, bateri dan storan besar, ia boleh mula dibeli di Malaysia pada hari Jumaat ini, 29 November 2019.

Harga rasmi untuk Huawei Y9s di Malaysia telah ditetapkan pada RM999. Ia boleh didapati di semua Stor Experience Huawei, stor pengedar rasmi Huawei serta Stor Online Huawei. Huawei turut memberikan hadiah percuma berupa Huawei Band 4 bernilai RM139 untuk pembeli terawal, selagi stok masih ada.



Kuasa Huawei Y9s digerakkan oleh pemproses Kirin 710F, bersama RAM 6GB dan storan dalaman seluas 128GB. Baterinya berkapasiti 4,000mAh dan mengecas melalui port USB-C. Ia menyokong pengecasan sehingga 10W sahaja.

Usah khuatir, Huawei Y9s dilengkapi pengalaman penuh Google di dalamnya. Semua aplikasi Google boleh digunakan seperti biasa padanya.



Skrin huawei Y9s dari jenis LCD berukuran 6.59-inci, dengan resolusi HD Penuh serta tiada takuk dan lubang. Kamera hadapannya boleh disembunyikan menerusi modul pop-up, memberikan ruang penuh untuk skrin.

Di belakang, terdapat tiga kamera iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Kamera ini memiliki mod malam tanpa gegaran walaupun ditangkap dengan tangan biasa, serta mampu merakam video gerak perlahan sehingga 480fps. Kamera hadapannya pula 16MP.

Pengimbas capjari di telefon ini tidak kelihatan di belakang kerana ia terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa. Huawei Y9s ditawarkan dalam warna menarik yang sama dengan P30 iaitu Breathing Crystal serta Midnight Black.

Jika diperhatikan dengan teliti, Huawei Y9s ini sebenarnya serupa dengan Honor 9X. Harga juga sama, RM999. Perbezaan adalah pada kemasan belakang di mana Honor 9X memiliki kemasan belakang berbentuk X.

Tags: HuaweiHuawei Y9s
Najib

Najib

POPULAR

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Huawei Y9s mula dijual minggu ini lengkap dengan semua aplikasi Google

Huawei Y9s mula dijual minggu ini lengkap dengan semua aplikasi Google

26 November 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN