• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor akan bawa telefon 5G pertama mereka ke pasaran antarabangsa pada awal 2020

  • OLEH Najib
  • 6:58 pm
  • 27/11/2019
  • Komen
Honor akan bawa telefon 5G pertama mereka ke pasaran antarabangsa pada awal 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas melancarkan siri Honor V30 di China, Honor kini memaklumkan akan tarikh pelancarannya di peringkat antarabangsa. Di pasaran antarabangsa termasuk Malaysia, ia akan dikenali sebagai Honor View 30 Pro. Ia adalah telefon pintar Honor pertama dilengkapi dwi-mod 5G.

Honor View 30 Pro akan dikuasakan cip Huawei terbaru dan paling berkuasa, Kirin 990 5G. Ia akan tiba ke pasaran di luar China pada suku pertama 2020. Apa yang membezakan View 30 Pro dan View 30 ialah pada modem 5G.



View 30 Pro akan menggunakan cip Kirin 990 yang memiliki 5G terbina bersama. Dengan sokongan dwi-mod 5G, ia akan serasi digunakan dengan lebih banyak rangkaian 5G di masa depan. Walaupun masih belum ada 5G di Malaysia, ia masih boleh digunakan di rangkaian 4G, 3G dan 2G.

Harga jualan Honor View 30 Pro masih belum diketahui. Untuk perbandingan, V30 Pro di China dijual bermula dari RMB3,899 (~RM2,309) dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Disebabkan sekatan Huawei di Amerika Syarikat (AS), View 30 Pro akan datang bersama Huawei Mobile Services (HMS), sama seperti siri Mate 30.



Selain View 30 Pro, Honor juga akan membawa Honor 9X Pro ke pasaran antarabangsa. Ia memiliki persamaan dengan Honor 9X yang dilancarkan di China, dikuasakan pemproses Kirin 810 7nm. Ia dibekalkan dengan storan sehingga 256GB dan memiliki skrin HD Penuh berukuran 6.59-ini. Seperti View 30 Pro, Honor 9X Pro juga akan dijual di pasaran luar China pada suku pertama 2020 dan datang dengan HMS.

Honor 9X yang dijual di pasaran antarabangsa dan juga di Malaysia kini dikuasakan oleh pemproses Kirin 710, tetapi memiliki Google Mobile Services (GMS) di dalamnya. Ia dijual pada harga RM999 di Malaysia dengan RAM 6GB dan storan 128GB.

Tags: honorHonor 9X ProHonor View 30 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Honor akan bawa telefon 5G pertama mereka ke pasaran antarabangsa pada awal 2020

Honor akan bawa telefon 5G pertama mereka ke pasaran antarabangsa pada awal 2020

27 November 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN