fbpx

Dapatkan internet tanpa had bersama siaran Astro dari RM99 sebulan

Internet tanpa had dan Astro untuk harga RM99 sahaja? Ya, Astro kini menawarkan gandingan Internet tanpa had berkelajuan 30Mbps dan Astro Family Pack pada harga hanya RM99 sebulan, tidak termasuk cukai SST. Ia memberikan penjimatan sebanyak RM30 sebulan, atau RM720 selama 24 bulan.

Astro bekerjasama dengan Maxis untuk memberikan sambungan internet dalam tawaran ini. Jika rumah anda termasuk di dalam liputan Maxis Home Fibre, maka anda layak untuk melanggan pelan yang ditawarkan ini.

Astro Family Pack memberikan 40 saluran untuk ditonton bersama akses ke Astro GO, aplikasi mudah alih untuk menonton saluran Astro yang dilanggan di telefon pintar, tablet atau laptop.

Astro turut menawarkan Starter Pack bersama internet 30mbps dengan langganan RM119 sebulan. Ia memberikan pengguna saluran di Family Pack bersama pilihan antara Mustika, Maharaja atau New Emperor Pack, serta semua saluran HD yang berkaitan.

Selain tawaran internet 30Mbps internet berkelajuan lebih tinggi 100Mbps, bersama pilihan Family Pack atau Starter Pack. Untuk hiburan muktamad, pelanggan juga boleh mendapatkan Astro Ultra Box baru yang ditawarkan bersama Super Pack dan internet 100Mbps pada kadar RM250 sebulan. Ultra Box memberikan siaran sehingga 4K UHD, storan awan dan banyak lagi fungsi baru lain. Rujuk fungsi baru Astro Ultra Box di sini.

Kepada pelanggan yang berminat untuk mendapatkan internet tanpa had bersama Astro, serta mahu tahu lebih lanjut tentang tawaran ini, layari laman web Astro & Broadband. Pelanggan akan dikenakan kontrak selama 24 bulan untuk melanggan kedua-dua perkhidmatan ini.

BACA  Beli 1 dapat 2 telefon di Jualan Terbesar Maxis